Pengaruh Internet Ke Atas Remaja Pada Masa Kini (Kebaikan Dan Keburukan)

| Saturday, October 10, 2009
1.0 Konsep Internet (Pengenalan)

Bidang teknologi maklumat dan komunikasi pada masa kini tidak dapat dinafikan akan kewujudannya.Ia sudah menjadi komponen utama dalam kehidupan harian dan akan bertambah penting pada masa akan datang.Lebih-lebih lagi pihak kerajaan telah mengambil inisiatif untuk menjadikan ekonomi digital sebagai tulang belakang ekonomi negara serta untuk menjadi pendahulu era digital dan maklumat.Cabaran yang menanti kita kelak tentulah cabaran dalam usaha menjadikan teknologi maklumat sebagai budaya khlayak yang sekaligus mencerminkan ciri penerimaannya secara menyeluruh sebagai sebahagian daripada tresam kehidupan seharian masyarakat serta dapat membendung isu darjat dan kelas kehidupan. Penggunaan teknologi komputer dalam bidang pendidikan bukanlah sesuatu yang baru, malah telah lama diperkenalkan di negara-negara maju seperti Amerika dan Eropah sejak awal tahun 60 an lagi. Malaysia tidak ketinggalan dalam menikmati arus pembangunan yang berasaskan komputer ini. Dalam konteks pendidikan, ia bukan hanya mampu membantu tugas-tugas pengurusan dan pentadbiran, tetapi berpotensi sebagai alat untuk mengayakan lagi persekitaran pengajaran dan pembelajaran bagi hampir semua mata pelajaran. Penciptaan mikro komputer pada awal tahun 70 an telah memberi kesan yang mendalam kepada penggunaan teknologi tersebut dalam bidang pendidikan di Malaysia (NorHashim, Mazenah & Rose Alinda, 1996).

Aspek teknologi telah digabungkan dalam kurikulum sekolah sebagai satu daya usaha ke arah menyemai dan memupuk minat serta sikap yang positif terhadap perkembangan teknologi. Budaya persekolahan seharusnya diubah daripada sesuatu yang berdasarkan memori kepada yang berpengetahuan, berpemikiran, kreatif dan penyayang dengan menggunakan teknologi terkini ( KPM, 1997 ). Atas alasan inilah pihak kerajaan melalui Kementerian Pendidikan berhasrat untuk mengujudkan Sekolah Bestari yang sekali gus bertindak mengisi agenda perancangan dan pelaksanaan Koridor Raya Multimedia ( Multimedia Super Corridor atau MSC ). Pelaksanaan Sekolah Bestari akan membuka ruang seluas-luasnya kepada teknologi komputer dan internet, yang akan membolehkan fleksibiliti dan kepelbagaian dibina dalam sistem pendidikan (KPM, 1997). Penggunaan dan perkembangan internet yang meluas dalam bidang perniagaan dan komunikasi, akan memudahkan pelaksanaannya dalam bidang pendidikan.

2.0 Definisi Internet

Internet merupakan satu rangkaian yang bersifat global menghubungkan lebih daripada seorang pengguna dari seluruh dunia yang membolehkan pertukaran maklumat berlaku.menurut Majalah Dewan Masyarakat(keluaran Disember 2005) mentakrifkan internet sebagai suatu rangkaian komputer antarabangsa yang menghubungkan lebih 40 ribu rangkaian komputer yang diurus bersama secara bersendirian.Manakala Majalah PC (jilid 3 vol 95) mendefinisikan internet sebagai suatu sistem yang menggabungkan rangkaian seluruh dunia dengan menyediakan peerkhidmatan komunikasi data seperti login jarak jauh (remote login),pemindahan fail,e-mail dan kumpulan berita (news group).

3.0 Sejarah Internet

Bermulanya internet adalah untuk sistem pertahanan USA bagi menghadapi serangan nuklear daripada Soviet Union dalam perang dingin dan tidaklah bersifat global seperti sekarang.Idea yang berasaskan rangkaian yang tiada mempunyai kuasa pusat yang terdiri daripada beberapa nod yang boleh menyampai dan menerima mesej.Mesej adalah dalam bentuk paket yang mempunyai alamat destinasi. Kemudian ia dimajukan dan diluaskan penggunaan daripada hanya menghubungkan dua syarikat kepada perhubungan seluruh dunia.Di Malaysia teknologi internet bermula pada tahun 1993 dan terus berkembang hingga kini dan dianggarkan pelanggannya adalah memlebihi daripada 45000 orang.

4.0 Perkhidmatan-Perkhidmatan Internet

4.1 Perkhidmatan Capaian Internet

FTP ( File Transfer Protocol)

Pemindahan fail dalam internet disokong oleh suatu spesifikasi yang dinamakan Protokol Pemindahan Fail ( File Transfer Protocol :FTP). FTP menggunakan sistem pelanggan-pelayan iaitu pengggunaan aturcara pelanggan dinamakan FTP bagi membuat sambungan kepada aturcara pelayan pada komputer jauh. Konsep FTP mudah, misalnya jika ingin menghantar satu arahan meminta pelayan menghantar satu salinan fail tertentu. Pelayan bertindakbalas dengan menghantar fail yang diminta. Aturcara pelanggan akan menerima fail itu dan disimpan ke folder yang dikehendaki. Terminologi FTP adalah komputer yang digunakan dinamakan hos tempatan dan komputer yang satu lagi dinamakan hos jauh. FTP menjadi penting terutama apabila sesuatu fail itu besar dan lebih kompleks di mana e-mail tidak boleh berfungsi dengan baik apabila kita ingin membawa antara 10 ke 12 muka surat.

Download

Dirujuk sebagai memindah-terima fail atau kadang-kala disebut sebagai memuat turun fail. Ini kerana internet menjadi sumber sebagai kepada fail-fail lain termasuk permainan,grafik,font,bunyian,muzik,video dan lain-lain.Proses memindah terima adalah amat mudah dan ia dibahagikan kepada 5 langkah iaitu mencipta satu folder khas dalam cakera keras,nama folder biarlah ada makna contoh ’download’,cari dan pindah terima fail yang dikehendaki,cari fail yang dikehendaki dan menyimpannya ke dalam folder yang telah disediakan,membuka mampatan fail yang dipindah terima,memasang perisian berkenaan dan memadamkan fail-fail yang tidak diperlukan.

4.2 Perkhidmatan Carian Internet

Disebut sebagai enjin pencari atau ’search engine’.Ia digunakan untuk mendapatkan maklumat tertentu dengan pantas.Terdapat beberapa enjin pencari iaitu:

Yahoo

Web Cawler

Hotboot

Alta Vista

Excite dan lain-lain

Terdapat juga enjin pencari tempatan iaitu CARI tetapi kurang berkesan.Prestasi setiap enjin pencari adalah berbeza.Pengguna yang ingin mencari sesuatu maklumat perlu memasukkan kata kunci (keywords) pada ruang cari yang disediakan.

4.3 Perkhidmatan Komunikasi

4.3.1 Komunikasi Berasaskan Teks

a) Mel Elektronik ( E-Mel)

Mel Elektronik atau E-Mel merupakan mel yang dihantar secara elektronik, khasnya menerusi system komputer. E-Mel hampir sama dengan mel yang biasa Cuma ianya tidak memerlukan penggunaan setem bagi tujuan penghantaran. Perbezaan di antara e-mel dengan mel secara tradisi ialah proses penghantaran mel menerusi teknologi elektronik adalah lebih pantas dan lebih murah. Proses surat-menyurat dapat dilakukan dalam masa yang lebih singkat dan murah. Proses surat-menyurat dapat dilakukan dalam masa beberapa saat sahaja sebelum e-mel yang dihantar boleh diterima oleh penerima walau di penghujung dunia mana mereka berada. Seorang pengguna juga boleh menghantar salinan atau menyertakan lampiran dengan mel elektronik.

Mel elektronik bukan sahaja terhad kepada penghantaran teks malah berupaya menghantar gambar, grafik, video, audio, animasi dan sebagainya. Satu mel elektronik yang dihantar kepada satu alamat mel elektronik yang diketahui boleh terus dihantar kepada seorang pengguna mahupun kepada beberapa orang pengguna secara serentak. Justeru itu, mesej yang sama boleh disalurkan kepada ramai pengguna internet yang lain tanpa perlu menyalin semulamel tersebut. Komunikasi menerusi mel elektonik juga membolehkan seseorang itu berhubung dengan orang lain dengan lebih cepat dan mudah. Mel elektronik juga membolejkan pengguna berhubung dengan pengguna lainsama ada dengan kehadirannya ataupun tidak, di dalam atau di luar negara.

Mel eletronik adalah satu perkhidmatan internet yang popular dan memudahkan pengguna berkomunikasi antara satu sama lain. Setiap pesanan yang dihantar, akan melibatkan kos yang amat minimum . Pesanan dan pertanyaan boleh ditulis bila-bila masa dan dihantar dari rumah atau pejabat dan akan sampai kepada penerima dalam masa yang singkat. Selain daripada bentuk teks, penghantaran melalui e-mail boleh melibatkan imej grafik dan suara ( voice mail ). Penghantaran maklumat tersebut boleh dilakukan sama ada dari seorang ke seorang atau dari seorang kepada ramai, yakni se kumpulan penerima secara serentak. Seorang guru atau pensyarah boleh menerima dan memeriksa hasil tugasan pelajarnya melalui kemudahan e-mail.

· b) Perbincangan Dalam Kumpulan (News Group).

Satu lagi penggunaan internet ialah untuk mengambil bahagian di dalam kumpulan perbincangan (News Group). Terdapat banyak kumpulan perbincangan elektronik di merata dunia. Semasa dalam perbincangan elektronik, seseorang yang terlibat boleh memainkan peranan yang pasif ataupun aktif. Aktif bererti mereka akan membaca mesej yang diterima daripada kumpulan perbincangan dan bertindak ke atasnya. Pasif pula bererti seseorang itu akan membaca kiriman daripada kumpulan perbincanagn tetapi tidak bertindakbalas kepadanya.

Di internet, kita boleh membaca atau menyertai perbincangan tentang pelbagai subjek mengikut minat dan cita rasa kita. Kumpulan perbincangan secara asasnya adalah aplikasi dan lanjutan kepada penggunaan e-mail secara berkesan. Komuniti-komuniti yang terbentuk secara elektronik yang mempunyai minat yang sama membolehkan ahli-ahli yang menyertai kumpulan perbincangan berkongsi pendapat dan membantu di antara satu sama lain tanpa batasan sempadan geografi. Terdapat beribu-ribu kumpulan diskusi yang boleh disertai oleh pendidik mengikut minat mereka.

· c) Internet Relay Chat (IRC)

Salah satu cara berkomunikasi paling cepat yang dapat disertai ialah kumpulan perbualan yang terdapat dalam internet. Internet Relay Chat tidaklah merujuk kepada sekumpulan orang berbual sesama sendiri dan mereka dapat mendengar suara masing-masing. Sebaliknya, IRC bermakna kita berbual dengan orang lain dengan menggunakan papan kekunci. Kita boleh berbual serentak dengan ramai orang di seluruh dunia. Beribu-ribu orang di seluruh dunia berbincang tentang berbagai tajuk setiap masa melalui IRC. Setiap tajuk yang berlainan dinamai "saluran".

IRC sebenarnya berdasarkan model pelayan pelanggan. Ini bermakna, perisian pelanggan dan pelayan diperlukan untuk melihatnya. Terdapat banyak perisian pelanggan IRC untuk pelbagai komputer yang berlainan. Antara yang terkenal ialah mIRC ( http://www.mirc.com ), netmeeting, ICQ ( http://www.mirabilis.com ), dan lain-lain lagi. Perisian pelanggan IRC akan berkomunikasi dengan pelayan IRC dalam Internet. Kita log masuk pelayan dengan menggunakan perisian pelanggan dan kemudian pilihlah saluran yang diminati. Melalui kemudahan yang disediakan oleh beberapa web server ( contohnya Xoom – http://www.xoom.com ) , kita berpeluang membina ruang perbualan sendiri. Ruang-ruang perbualan ini boleh diubahsuai untuk digunakan sebagai bilik mesyuarat siber.

4.3.2 Komunikasi Berasaskan Suara

Mel suara atau voicemail adalah merupakan mel yang mengandungi suara. Mel suara tidak banyak berbeza berbanding dengan mel yang berasaskan teks. Mel suara menghantar suara atau audio. Satu mel suara yang dihantar kepada satu alamat mel elektronik yang diketahui boleh terus dihantar kepada seorang pengguna mahupun kepada beberapa orang pengguna secara serentak. Justeru itu, mesej yang sama boleh disalurkan kepada ramai pengguna internet yang lain tanpa perlu menyalin semulamel tersebut.

Komunikasi berasaskan suara menggunakan mel elektonik juga membolehkan seseorang itu berhubung dengan orang lain dengan lebih cepat dan mudah. Mel elektronik juga membolejkan pengguna berhubung dengan pengguna lainsama ada dengan kehadirannya ataupun tidak, di dalam atau di luar negara. Mel eletronik adalah satu perkhidmatan internet yang popular dan memudahkan pengguna berkomunikasi antara satu sama lain. Setiap pesanan yang dihantar, akan melibatkan kos yang amat minimum . Pesanan dan pertanyaan boleh ditulis bila-bila masa dan dihantar dari rumah atau pejabat dan akan sampai kepada penerima dalam masa yang singkat. Selain daripada bentuk teks, penghantaran melalui e-mail boleh melibatkan imej grafik dan suara ( voice mail ). Penghantaran maklumat tersebut boleh dilakukan sama ada dari seorang ke seorang atau dari seorang kepada ramai, yakni sekumpulan penerima secara serentak. Seorang guru atau pensyarah boleh menerima dan memeriksa hasil tugasan pelajarnya melalui kemudahan e-mail.

4.3.3 Komunikasi Berasaskan Video

Sidang video membenarkan lebih dari dua orang untuk bertemu secara bersemuka tanpa perlu kehadiran mereka secara reliti. Apa yang diperlukan ialah perhubungan seperti juga menggunakan telefon Cuma ianya membolehkan pihak-pihak yang berkomunikasi dengan menggunakan sdang video melihat antara satu sama lain melalui skrin komputer. Sistem ini juga membolehkan sebarang fail komputer dipindahkan menerusi talian komunikasi dan ini secara tidak langsung memudahkan proses perkongsian maklumat. Dengan menggunakan sidang video, sesuatu jarak yang jauh beribu batu menjadi dekat tambahan pula dengan teknologi telekomunikasi masa kini menjadikan penyiaran sidang video menjadi lebih terang dan jelas, tidak kira di mana jua mereka berada. Sidang video juga boleh digunakan sebagai alat bantuan mengajar. Dengan kata lain, sidang video membolehkan pembelajaran jarak jauh menjadi semakin mudah dan efektif.

5.0 Isu-Isu Semasa Internet

Melalui revolusi teknologi maklumat atau IT,teknologi dunia dan persekitarannya turut berubah dari semasa ke semasa. Ramai yang beranggapan bahawa revolusinya di seluruh dunia terlalu laju berbanding revolusi pertanian dan revolusi perindustrian.Antara teknologi IT yang sering diperkatakan iailah kad pintar(smart card) dan e-dagang(e-commerce).

a) Kad Pintar

Peranan dan fungsinya adalah semakin penting pada hari ini.Ia bukan sekadar sekeping objek kecil daripada bahan plastik yang boleh dimuatkan dengan mudah ke dalam poket,sebaliknya ia mampu menyimpan maklumat kritikal secara elektronik di dalamnya terus kekal,dilindungi dan boleh diakses pada bila-bila masa. Saiznya yang hanya sebesar kad kredit itu,lazimnya dilengkapi dengan sebuah mikrocip elektronik yang tertanam di dalamnya.Cip tersebut adalah bertujuan untuk menyimpan data-data elektronik dan program-program yang dilindungi dengan ciri-ciri keselamatan. Sesetengah piawaian pula akan mendefinisikan beberapa aplikasi khusus kad pintar meliputi kad telefon selular digital,kad kredit (master card) dan dompet elektronik (Visa Cash). Satu lagi teknologi kad pintar yang bakal diperluaskan adalah penggunaan teknologi ’biometrik’ yang akan membolehkan seseorang individu itu dikenalpasti identitinya menerusi pengenalpastian maklumat cap tangan,cap jari,retina mata atau suara.

b) E-Dagang

E-dagang atau perdagangan elektronik diwujudkan untuk menyelesaikan masalah jarak dan waktu.Melalui teknik ini peniaga dan pembeli dapat berinteraksi di alam maya.Di dalam internet,peniaga-peniaga bolehmendirikan kedai-kedai maya mereka yang dapat mempamer dan mempromosikan barangan jualan mereka.Seseorang penjual barangan kraftangan di Kelantan boleh memasarkan barangannya melalui internet dengan membina tapak webnya sendiri yang membolehkan seorangpembeli dari negara Jepun membuat tempahan.Melalui E-dagang, pembeli ini boleh membuat bayaranmenggunakan wang elektronik,kad kredit,bank maya atau mengepos terus cek kepada penjual tersebut.Ramai yang masih ragu-ragu dengan keselamatan dan kebolehpercayaan e-dagang terutama penggunaan nombor kad kredit yang ada kemungkinan boleh dipintas dan disalin oleh penceroboh (hackers) yang berniat jahat.Tetapi dengan adanya beberapa ciri-ciri keselamatan seperti enkripsi,pensijilan digital,tandatangan digital,wang digital dan lain-lainpiawaian keselamatan seperti SET(Secure Electronik Transaction) yang dibangunkan oleh VISA, Mastercard dan SSL(Secure Socket Level) yang dibangunkan oleh Netscape. Malahan Wharton Econometric Forecasting Associates meramalkan pertubuhan E-Dagang sebanyak 69% setiap tahun sehingga 2003 di mana dijangkakan jumlah perdagangan yang dilakukan media elektronik akan melebihi angka RM 3.8 billion.

6.0 Kebaikan-kebaikan Sistem Internet

Internet banyak meberikan manfaat kepada pengguna terutama pelajar di institusi pengajian tinggi.Ia membuka dimensi baru sebagai sumber rujukan mudah dan pantas dari segi masa dan lokasi.Ia hampir menggantikan kaedah pembelajaran atau pencarian maklumat cara lama iaitu penggunaan perpustakaan.Masyarakat ramai juga tidak terlepas merasai bahang internet dengan capaian berita dengan cepat dan pantas sama ada berita liputan dalam atau luar negara misalnya liputan mutakhir sukan dari seluruh dunia seperti France 98 mahupun berita panas seperti perbicaraan Datuk Seri Anwar Ibrahim.Namun terdapat pelbagai kebaikan lain mengenai penggunaan internet iaitu:

a) Pendidikan Dalam Internet

Kini terdapat Universiti yang berkonsepkan maya contohnya UNITAR yang menyediakan akaun internet untuk pelajarnya. Kini para pelajar bukan sekadar mengguanakan internet untuk berkongsi maklumat dan penyelidikan tetapi juga mengambil kursus tanpa melangkah kaki ke bilik kuliah. Malahan mengambil soalan tugasan, membuat kuiz dan menduduki ujian melalui internet.Kumpulan berita membolehkan para pendidik dan pelajar bertanyakan sesuatu, mendapatkan nasihat dan menyemak maklumat. Teknologi persidangan video membolehkan pelajar dalam sesebuah kelas bekerjasama melaksanakan sesuatu projek. Begitu juga penggunaan perpustakaan maya di mana membenarkan kita mencari buku dalam talian jika mempunyai kad perpustakaan dengan perputakaan tersebut.

b) Perniagaan Dalam Internet

Internet boleh menjadi salah sebuah lokasi perniagaan utama yang menjalankan urusan jual beli barangan dan perkhidmatan.Bidang perniagaan meningkatkan penggunaan internet dalam dua cara iaitu:

(i) Memasar, menjual barangan,perkhidmatan dan menerima pembayaran elektronik.

(ii) Mewujudkan rangkaian korporat persendirian yang dipanggil Intranet.

Maka bermula dari sini, orang ramai boleh membeli di rumah atau di tempat perniagaan.

c) Perubatan Dalam Internet

Internet merevolusikan setiap aspek sistem perubatan bermula daripada cara para doktor kita dilatih, capaian maklumat penjagaan kesihatan hinggalah kepada cara doktor merawat dan menjalankan pembedahan. Hospital maya sudah pun berkembang dalam internet.Hospital ini sebenarnya tidaklah merawat pesakit tetapi meberi capaian khazanah sumber perubatan yang begitu banyak yang terdapat dalam internet. Pengguna biasa sebagai contoh dapat menyemak seimbas atau membuat pencarian dalam pengkalan data untuk mencari jawapan kepada permasalahan kesihatan yang dihadapi. Bagaimanapun perubahan paling ketara dalam cara rawatan terkini dengan apa yang dinamai sebagai’teleperubatan’. Dengan menggunakan teknologi ini,pembedahan dapat dilakukan oleh seseorang doktor bedah walaupun berada berbatu-batu daripada bilik pembedahan.

d) Mempercepatkan dan mempermudahkan kehidupan manusia

Teknologi internet mempermudahkan segala urusan.Kemudahan atas talian atau "on line" membolehkan pelbagai jenis bil boleh dibayar. Antaranya bil pinjaman kereta,rumah,pinjaman pendidikan,perkhidmatan penerbangan dan sebagainya. Bukan itu sahaja, pelbagai urusan pejabat pada masa kini menggunakan internet sebagai mempercepatkan proses tertentu dan teknologi ini memudahkan urusan tersebut. Ekonomi pembangunan negara akan meningkat dengan sistem ini jika ia digunakan dengan betul.

e) Memperluaskan aktiviti sosial dunia

Sistem internet juga dapat menghubungkan kita dengan negara-negara lain.Aktiviti sosial dapat diperluaskan dengan penggunaan internet. Misalnya e-mail satu proses hubungan dua hala yang canggih dan cepat.Pada masa dahulu sistem surat yang melambatkan digunakan.Kaedah kominikasi global ini dapat mengeratkan hubungan silaturahim antara negara.

f) Pusat perkembangan ilmu dunia

Pelbagai maklumat dapat diperolehi dengan melayari internet.Misalnya laman web google dapat membantu banyak pelajar dan masyrakat dalm mencari pelbagai maklumat terkini mengenai sesuatu perkara. Sistem ini merupakan perpustakaan dunia. Ia mempercepat dan mempermudahkan kita mencari maklumat.

7.0 Keburukan-Keburukan Sistem Internet

Di sebalik kebaikan yang begitu banyak terdapat beberapa kelemahan atau keburukan internet.Ia diibaratkan sebilah pisau yang begitu berguna jika digunakan untuk memotong buah atau sayur tetapi menjadi satu kesakahan pula jika ia digunakan untuk membunuh dan diklasifikasikan sebagai penyalahgunaan. Antaranya ialah:

a) Medium Penyebaran Dakyah Jahat

Menyesatkan fahaman pengikut agama lain atau ajaran sesat seperti yang dilakukan oleh mubaligh-mubaligh kristian ini yang menghasilkan laman web kitab Injil yang diselewengkan dalam bahasa Malaysia.Sebaran ini dilakukan untuk memesongkan akidah agama islam khususnya. Golongan sasaran mereka ialah golongan remaja.

b) Memberi Maklumat Palsu Untuk Kepentingan Puak Tertentu

Malah terdapat juga manusia yang menyalahgunakan internet sebagai pusat sebaran maklumat palsu untuk kepentingan peribadi mereka. Antaranya ialah terdapat laman web yang dibina bagi mengajar cara-cara membuat bom seperti yang diusahakan oleh kumpulan mafia "Trench Coat".

c) Medium Penyebaran Virus

Penyebaran virus melalui internet dalah perkara biasa kita dengar.Terutamanya penyebaran melalui penghantaran e-mel seperti virus mutant,melissa yang terbaru adalah virus CIH yang menyerang sistem komputer hingga lumpuh keupayaannya Kesan daripada virus hinggalah merosakkan sistem sesebuah PC.

d) Pecah Masuk Ke Sistem Lain

Iaitu pencerobohan memasuki ke sistem orang lain tanpa hak seperti penyelewengan akaun bank.

e) Pornografi

Ia telah menjadi satu isu yang sensitif dan boleh mempengaruhi kepada perlakuan tidak sihat terutama kepada remaja belasan tahun kerana internet membenarkan access tanpa had. Ia sudah tentu boleh melekakan masyarakat islam dari segi kehidupan yang sihat.

f) Menurunnya Produktiviti Syarikat

Ia seringkali dibicarakan sebagai satu faktor yang menyumbang ke arah menurunnya produktiviti syarikat jika pekerja melapangkan masa yang sepatutnya melakukan kerjha tetapi kepada melayan internet.Jika ramai yang melakukannya ia akan membarah dan akhirnya kos operasi juga akan meningkat ekoran penggunaan sumber yang tidak betul.

8.0 Internet Dalam Bidang Pendidikan

Penggunaan teknologi komputer dalam bidang pendidikan bukanlah sesuatu yang baru, malah telah lama diperkenalkan di negara-negara maju seperti Amerika dan Eropah sejak awal tahun 60 an lagi. Malaysia tidak ketinggalan dalam menikmati arus pembangunan yang berasaskan komputer ini. Dalam konteks pendidikan, ia bukan hanya mampu membantu tugas-tugas pengurusan dan pentadbiran, tetapi berpotensi sebagai alat untuk mengayakan lagi persekitaran pengajaran dan pembelajaran bagi hampir semua mata pelajaran. Penciptaan mikro komputer pada awal tahun 70 an telah memberi kesan yang mendalam kepada penggunaan teknologi tersebut dalam bidang pendidikan di Malaysia (NorHashim, Mazenah & Rose Alinda, 1996).

Aspek teknologi telah digabungkan dalam kurikulum sekolah sebagai satu daya usaha ke arah menyemai dan memupuk minat serta sikap yang positif terhadap perkembangan teknologi. Budaya persekolahan seharusnya diubah daripada sesuatu yang berdasarkan memori kepada yang berpengetahuan, berpemikiran, kreatif dan penyayang dengan menggunakan teknologi terkini ( KPM, 1997 ). Atas alasan inilah pihak kerajaan melalui Kementerian Pendidikan berhasrat untuk mengujudkan Sekolah Bestari yang sekali gus bertindak mengisi agenda perancangan dan pelaksanaan Koridor Raya Multimedia ( Multimedia Super Corridor atau MSC ). Pelaksanaan Sekolah Bestari akan membuka ruang seluas-luasnya kepada teknologi komputer dan internet, yang akan membolehkan fleksibiliti dan kepelbagaian dibina dalam sistem pendidikan (KPM, 1997). Penggunaan dan perkembangan internet yang meluas dalam bidang perniagaan dan komunikasi, akan memudahkan pelaksanaannya dalam bidang pendidikan.

Penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran matematik dapat memperkembang dan memperkayakan lagi tajuk yang diajar. Lebih sedekad yang lalu, NCTM (National Council of Teachers' of Mathematics, 1980) mencadangkan supaya pengajaran matematik mengambil peluang luas yang ditawarkan oleh komputer. Cockcroft (1982) menyarankan bahawa penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran matematik bukan sahaja boleh memperbaiki kualiti pengajaran matematik malah penggunaan komputer juga boleh merubah kepentingan sesuatu tajuk dalam silibus matematik. Keadaan yang sama juga mungkin wujud dalam pengajaran dan pembelajaran matapelajaran lain di sekolah. Aktiviti penyelesaian masalah adalah bahagian terpenting dalam pendidikan matematik. Pencapaian yang tinggi dalam matematik tidak bermakna jika seseorang pelajar tidak mampu melakukan proses penyelesaian masalah. Laporan Cockcroft (1982) menegaskan bahawa masalah matematik harus diterjemahkan kepada sebut an dan bahasa matematik sebelum ianya diselesaikan. Langkah terjemahan seperti ini memerlukan fahaman yang lengkap terhadap struktur konsep yang terkandung dalam masalah tersebut. Keadaan ini telah menyebabkan kesukaran pembelajaran di kalangan setengah-setengah pelajar. Masalah dan kesukaran ini boleh diatasi melalui penggunaan komputer ( Lim, 1989 ).

Dalam beberapa kajian yang telah dijalankan (Funkhouser, 1993; Henderson and Landersman, 1992; Chazan, 1988; Mc Coy, 1991; Al Ghamdi, 1987) didapati bahawa:Pelajar yang menggunakan komputer dalam matematik mempunyai sikap yang lebih positif terhadap dirinya sebagai ahli matematik dan berkeupayaan menyelesaikan masalah yang lebih kompleks. Perisian komputer yang digunakan dalam proses pengajaran akan dapat membantu pelajar memahami konsep dan prinsip matematik dengan mudah dan berkesan. Pencapaian pelajar dalam peperiksaan akhir menunjukkan peningkatan yang ketara. Kumpulan yang belajar berbantukan komputer mempunyai kemampuan mengekalkan maklumat dalam jangka masa yang lebih lama dan dapat menggunakannya dalam bidang-bidang lain. Penggunaan komputer dalam proses pengajaran dan pembelajaran melibatkan beberapa aplikasi, seperti spreadsheet, multimedia dan internet. Peranan dan penggunaan internet telah mula dikenalpasti dapat membantu pengurusan dalam sistem pendidikan negara khususnya dalam pelaksanaan proses pengajaran pembelajaran di dalam dan luar bilik darjah yang secara langsung melibatkan para pendidik, pelajar dan ibubapa serta ahli masyarakat yang prihatin.

Kajian oleh Christie (1996) terhadap penggunaan mel eletronik (e-mail) dan penerokaan maklumat di kalangan para pelajar sekolah rendah mendapati bahawa, selain daripada semangat belajar secara kumpulan (cooperative learning), para pelajar juga semakin mesra dengan alat teknologi ini dan sentiasa berusaha untuk meneroka 'alam yang baru ditemui' (virtual reality). Mereka sentiasa menemui maklumat baru dan bahan-bahan yang amat menarik perhatian. Nolan dan Martin (1994) menyatakan bahawa pembelajaran dalam suasana baru seperti menggunakan internet di sekolah telah membawa banyak perubahan kepada pelajar. Pelajar didapati lebih mahir membuat kajian dan lebih berfikiran secara kritikal. Walau bagaimanapun jurang perbezaan sosial ekonomi di kalangan pelajar harus diambil kira semasa pendedahan teknologi komputer dan internet diberikan (Bier et. al, 1996).

Kang (1995) dalam kajiannya untuk menilai kesan aktiviti mel eletronik ke atas sikap pelajar terhadap internet telah mendapati bahawa para pelajar amat kagum dan tertarik kepada internet. Mesej yang dihantar sejauh 25,000 batu jauhnya boleh sampai dalam masa beberapa minit sahaja. Para pelajar juga amat berhati-hati semasa menulis mesej supaya tidak terdapat kesalahan ejaan dan maksudnya boleh difahami oleh sipenerima dengan mudah. Amalan ini akan dapat meningkatkan penguasaan bahasa, khususnya bahasa Inggeris. Aktiviti komunikasi dalam internet seperti mel eletronik akan dapat menyediakan pelajar untuk dunia pekerjaan yang akhir-akhir ini banyak menggunakan proses perhubungan telekomunikasi yang canggih ( Everett and Ahern, 1994 ).

Internet akan menjadi sebahagian dari sekolah bestari menjelang Januari 1999 kelak. Telah pun diumumkan bahawa, semua sekolah menengah akan mendapat akses ke internet menjelang tahun 2000. Kementerian Pendidikan Malaysia dengan kerjasama serta bantuan kepakaran MIMOS, telah melancarkan Projek Jaringan Pendidikan (Sulaiman, 1996). Melalui projek ini, Kementerian Pendidikan telah menyediakan kemudahan dan perkhidmatan rangkaian kepada para pelajar dan pendidik di samping menyediakan program latihan yang berterusan kepada guru-guru. Program ini, walaupun kurang berjaya, tapi sekurang-kurangnya telah dapat memberi pendedahan awal kepada guru-guru dan pelajar tentang penggunaan dan peranan internet kepada dunia pendidikan. Dalam perkembangan terbaru, Kementerian Pendidikan Malaysia , melalui Bahagian Pendidikan Guru, sedang menjalankan Kursus Dalam Perkhidmatan (14 Minggu ) Bestari kepada guru-guru di seluruh negara bertempat di beberapa buah maktab perguruan. Guru-guru ini dipilih daripada 90 buah sekolah yang dijangka akan melaksanakan kurikulum baru bestari mulai tahun 1999. Dalam kursus ini, guru-guru akan didedahkan dengan pelbagai kemahiran generik termasuklah kemahiran teknologi maklumat yang seterusnya akan menjadi asas dan keperluan utama dalam pembinaan pakej pembelajaran bestari. Para peserta akan berpeluang menjadikan internet sebagai sumber dan alat penyebaran maklumat yang cepat dan berkesan.

Internet atau ‘Internasional Network of Networks’ ialah sebuah rangkaian gergasi komputer di peringkat antarabangsa (TMB, 1998) dan merupakan cara komputer berkomunikasi antara satu sama lain ( Crumlish, 1996 ). Ia mengandungi lebih daripada 50 ribu rangkaian komputer di seluruh dunia, lebih daripada 6.6 juta komputer hos dan lebih daripada 50 juta pengguna dari lebih daripada 160 buah negara (Zoraini, 1995). Dalam rangkaian Internet, terdapat berbagai jenis bahan yang berjuta-juta bilangan dan sentiasa bertambah dari sehari ke sehari. Bahan-bahan ini termasuklah artikel, imej grafik, perisian komputer, video, audio, majalah, kertas persidangan, permainan, projek dan sebagainya. Di dalam Internet terdapat lebih daripada 8 000 kumpulan diskusi eletronik. Kumpulan ini mungkin terdiri daripada beberapa orang sehinggalah ke beberapa ribu orang yang berbincang tentang perkara yang sama, termasuklah matematik. Terdapat beberapa perkara penting yang perlu difahami oleh para pendidik berhubung dengan penggunaan internet dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Internet hanya akan bertindak sebagai sumber dan alat bantu dalam P&P . Aktiviti pembelajaran hendaklah dirancang dengan teliti oleh guru supaya internet dapat digunakan dengan berkesan. Komputer dan internet tidak mengubah peranan guru. Malah sebaliknya ,guru akan sentiasa berusaha untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran mereka, khususnya dalam bidang IT. Ketrampilan dan keperibadian yang mulia akan tetap menjadi tunjang dan ikutan utama. Penggunaan komputer dan internet dapat mengurangkan beban tugas guru dan murid di samping setiap kerja dapat dilakukan dengan kemas, teratur dan sistematik. Internet amat bermanfaat kepada guru dan murid serta ibubapa khususnya dalam menghadapi cabaran IT dan era globalisasi. Industri berasaskan maklumat yang akan mencorakkan kehidupan pada masa hadapan , perlu diberi perhatian sewajarnya oleh setiap ahli masyarakat, khususnya warga pendidik dan para ibubapa.

Para guru harus bijak memilih aplikasi yang sesuai digunakan. Oleh itu, perancangan aktiviti yang kemas dan teratur amatlah penting, supaya murid-murid dapat menggunakan internet secara maksimum dan optimum. Semua aplikasi tersebut boleh digunakan sama ada sebagai sumber maklumat atau pun sebagai bahan bantu yang diintegrasikan terus dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Seorang guru atau pensyarah boleh menerima dan memeriksa hasil tugasan pelajarnya melalui kemudahan e-mail.Antara aktiviti yang boleh dilakukan oleh guru dengan mengunakan e-mail ialah (Zulkifli, 1998):Berkomunikasi secara dalaman dan luaran sesama guru, ibu-bapa, pelajar, dan pihak jabatan serta kementerian. Mendapatkan khidmat nasihat pakar dan bantuan teknikal. Berkongsi dan bertukar pendapat berhubung dengan proses pengajaran dan pembelajaran ; teknik pengajaran terbaik, idea kreatif dan inovatif, latihan dan penilaian, bahan bantu mengajar dan sebagainya. Menghubungi agensi pusat dan swasta serta institusi pendidikan lain mengenai sesuatu program dan polisi yang di gunakan khususnya dalam menyelesaikan sesuatu masalah yang timbul.

Antara aktiviti yang boleh dilakukan oleh pelajar melalui e-mail ialah berkongsi menjalankan sesuatu projek dengan pelajar di sekolah-sekolah lain. Berbincang dengan rakan dari kalangan berbagai budaya dan latar belakang negara mengenai berbagai isu semasa. Mengalakkan perkembangan bahasa terutama bahasa Inggeris melalui komunikasi dengan rakan pena di luar negara. Memperolehi bahan dan teknik di dalam menyelesaikan sesuatu masalah pelajaran secara "on-line". Aktiviti-aktiviti seperti di atas akan memberi banyak faedah kepada para pelajar ( Zoraini, 1996).Antara kebaikan lain internet adalah pelajar lebih peka terhadap isu semasa dunia,pelajar dapat membiasakan diri dengan aplikasi komputer,pelajar berpeluang menjalankan aktiviti kumpulan dan pelajar dapat meningkatkan kemahiran berfikir, kemahiran bahasa atau kemahiran berkomunikasi.

9.0 Kesimpulan

Ke tiga-tiga aliran atau kategori atau cabang falsafah berkenaan mencorakkan pendidikan dalam pelbagai hal seperti resolusi standard pendidikan, kandungan mata pelajaran dan kurikulum pendidikan guru, autonomi universiti, kebebasan akademik, undang-undang dan peraturan tentang pentadbiran pendidikan, penglibatan dan disiplin pelajar, pengajaran, pembelajaran dan sebagainya.Misalnya, metafizik memberi panduan kepada matlamat dan objektif pendidikan.Epitemologi memberi dorongan kepada usaha-usaha penyelidikan bagi mengembangkan ilmu dan menyelesaikan masalah pendidikan.Aksiologi mempersoalkan kerelevenan mata pelajaran dalam kurikulum. Etika memberi panduan kepada usaha-usaha pendidikan sebagai ejen sosialisasi.Estetika pula memberi panduan kepada kandungan kurikulum bagi melahirkan manusia yang halus sifat kemanusiaannya dan cinta kepada ketenteraman dan keharmonian alam.Oleh yang demikianke tiga-tiga cabang falsafah berkenaan mempunyai kepentingan masing-masing dalam bidang pendidikan. Ia juga telah dicorakkan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan iaitu:

“Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek,rohani,emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan,berketrampilan,berakhlak mulia,bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga,masyarakat dan negara.”

Terus gigih walau pun dilanda gempa bumi...

| Monday, October 5, 2009


PADANG: Pasar dibuka dan kanak-kanak juga kembali ke sekolah, tetapi di pedalaman, beberapa kampung yang tertimbus akibat tanah runtuh terpaksa dibiarkan sebagai kubur besar selepas usaha mencari dan menyelamat mangsa gempa dihentikan.

Ada kanak-kanak yang pergi ke sekolah ketika usaha memulihkan semula keadaan berjalan. Di tempat lain, khemah digunakan untuk mengadakan kelas.

"Bangunan sekolah selamat tetapi kami tiada kuasa elektrik dan bekalan air," kata Tri Raswati, 17, di Sekolah Tinggi 3, Padang Timur.



BEBERAPA pelajar mengumpul buku sekolah untuk digunakan dalam kelas sementara di Padang, semalam.


Pembukaan kelas sebahagian besarnya adalah simbolik, hanya beberapa ratus kanak-kanak berpeluang berjumpa guru dan menerima kaunseling akibat trauma, termasuk kematian saudara mara serta tidak berumah.

"Kerajaan menggesa kelas dimulakan secepat mungkin supaya mereka boleh kembali kepada keadaan normal," kata Amson Simbolon, pegawai pendidikan Unicef, ketika kelas matematik bermula untuk kira-kira 300 murid di satu sekolah di sini.

Unicef menyediakan 15 khemah, setiap satu boleh memuatkan 50 hingga 60 kanak-kanak.


PENIAGA buah-buahan dan ikan menunggu pembeli dekat sebuah pasar di Padang, semalam.

Seorang pegawai tempatan berkata, usaha membina semula mungkin mengambil masa dua tahun atau lebih.

"Jika kita melihat pengalaman pada 2007 ketika gempa dengan kekuatan 7.9 skala Richter melanda bandar ini, kami perlu sekurang-kurangnya dua tahun membangunkan semula Sumatera Barat," kata Ade Edward, ketua Unit Pengurusan Bencana dan Pelarian Sumatera Barat.

Sementara itu, pekerja penyelamat menghentikan pencarian sebaliknya memfokus untuk memberi bantuan kepada mangsa yang masih hidup.

"Sehingga sekarang, saya anggap sukar untuk menjumpai ramai mangsa yang masih hidup," kata Ignacio Leon, ketua agensi kemanusiaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Indonesia.

"Saya tidak mahu memutuskan harapan penduduk, namun fokusnya akan berubah dan kami akan menyokong kerajaan lebih lagi di bahagian bantuan," katanya.

Jumlah kematian akibat gempa Rabu lalu di Sumatera Barat dijangka mencapai beribu-ribu orang sebaik saja mangsa yang hilang diisytiharkan terkorban. PBB berkata, 1,100 orang maut sementara kerajaan meletakkan jumlahnya 603 orang.

Tidak dapat dipastikan jumlah mereka yang kehilangan rumah. Tetapi, agensi bencana alam Indonesia berkata, 180,000 buah rumah dan 20,000 bangunan musnah.

Dalam perkembangan lain, Agensi Meteorologi, Kaji Cuaca dan Geofizik mengesan 582 gempa susulan di Sumatera Barat sejak dilanda gempa bumi 7.6 skala Richter.

"Gempa susulan terus melanda, namun pada tahap sederhana," kata ketua pejabat agensi Padangpanjang, Taufik Gunawan.

Beliau memberi amaran bahawa Sumatera Barat terdedah kepada gempa besar kerana ia terletak dalam plet tektonik Indo-Australia yang rapuh dan justeru penduduk di wilayah itu perlu tahu mengenai prosedur menghadapi bencana.

Massa perlu bijak tapis maklumat disogok media

|

PERSOALAN kesan media massa sesuatu yang dibincangkan sejak dulu. Media mempunyai peranan dalam membangun dan mengembangkan budaya. Namun, realiti yang kita lihat lebih banyak kesan negatif hasil laporan media, Kebudayaan kita sedikit demi sedikit ditelan budaya luar.

Media massa ialah medium penyampai maklumat, alat penghibur dan penyebar budaya. Media sentiasa mengalami perubahan dan ini menyebabkan persaingan untuk menarik perhatian massa.

Manusia sentiasa melahirkan budaya yang menjadi sebahagian hidup sekali gus sistem nilai yang mempengaruhi hidupnya. Justeru, media abad ke-20 inilah berperanan dalam perubahan nilai.

Media secara langsung atau tidak menjadi pengimport budaya asing. Media cenderung mengusung budaya popular yang berkiblatkan Barat.

Politik juga sedikit sebanyak terkesan daripada media. Sebagai contoh, pelaksanaan pemerintahan dan pembangunan sains dan teknologi juga hasil media massa. Jika pemimpin tidak melihat televisyen atau melayari internet, masakan terfikir untuk membangunkan negara bermodelkan Barat. Namun, segala kesan yang berlaku bukan semata-mata daripada media. Adalah tidak adil jika kita menyalahkan sepenuhnya media kerana semuanya bergantung kepada tahap pendidikan dan pemikiran.

Psikologi seperti ini penting dalam mengukur kesan sesuatu. Jika seseorang tiada pendidikan agama sempurna, maka ia menerima apa saja disiarkan media. Kita dapat ketahui media membawa kesan yang amat besar dalam perubahan kebudayaan di samping pendidikan. Tiada seorang pun terlepas daripada jeratan kuasa media. Persoalan penting bagaimana masyarakat mendepaninya untuk mengambil kesan positif atau negatif.

AZIZAN AJIJI,
Kolej Universiti Islam
Antarabangsa Selangor.

Tertimbus ketika mengaji

|

30 kanak-kanak dalam masjid tak sempat selamatkan diri

PARIAMAN (SUMATERA BARAT): Kira-kira 30 kanak-kanak yang sedang mengaji al-Quran di sebuah masjid adalah antara lebih 200 orang yang terkorban akibat tanah runtuh yang melenyapkan Kampung Lubuk Laweh Tandikek di sini dalam gempa bumi, Rabu lalu.

Kanak-kanak berusia antara tujuh hingga 12 tahun itu tidak sempat menyelamatkan diri apabila sebahagian lereng Bukit Tandikek runtuh dan menimbus kampung kira-kira jam 6.30 petang.

Beberapa penduduk yang terselamat berkata, kanak-kanak terbabit mengikuti kelas pengajian al-Quran yang diajar imam kampung berkenaan pada setiap hari sehingga waktu Maghrib.

BUKIT di Kampung Lubuk Laweh Tandikek di Pariaman runtuh serta meranapkan lebih 50 rumah ketika gempa bumi minggu lalu.


Norfadli Adi, 29, yang rumahnya terletak bersebelahan masjid berkenaan, berkata penduduk percaya kanak-kanak terbabit memasuki semula masjid itu tanpa menyedari tanah bukit berkenaan merekah akibat gempa, kira-kira sejam sebelumnya.

"Bukan saja mereka, malah semua penduduk tidak menyedari bukit itu akan runtuh selepas gempa bumi melanda.

"Disebabkan itu, semua kembali masuk ke rumah selepas gempa bumi reda tanpa menyedari ia sebenarnya mencetuskan bencana lain," katanya ketika ditemui di kampung berkenaan, semalam.

Dalam kejadian jam 6.30 petang Rabu lalu, sebahagian bukit sepanjang kira-kira 1,000 meter itu runtuh selepas gempa bumi berkekuatan 7.6 Skala Ritcher menggegarkan Sumatera Barat.

Tanah dari bukit berkenaan yang membawa bersama pokok tumbang, melanda kampung itu dan melenyapkan keseluruhan kawasan berkenaan yang mempunyai lebih 50 rumah.

Hanya 15 penduduk kampung berkenaan sempat menyelamatkan diri manakala yang lain tertimbus dalam rumah masing-masing.

Seorang lagi mangsa yang terselamat, Anisa Zulherman, 13, berkata adik lelakinya, Iqbal, 10, yang mengaji bersama kanak-kanak lain di masjid berkenaan bagaimanapun sempat melompat keluar ketika runtuhan berlaku.

"Iqbal hanya memberitahu dia melompat keluar dari masjid ketika runtuhan berlaku tapi enggan bercerita lanjut, mungkin kerana trauma dengan kejadian itu," katanya.

Katanya, keluarganya termasuk Iqbal kemudian segera melarikan diri ke kawasan selamat kerana takut ada lagi tanah runtuh.

Gempa bumi Rabu lalu turut meruntuhkan satu-satunya jalan masuk ke kampung berkenaan menyebabkan penduduk yang selamat serta pasukan penyelamat perlu berjalan kaki mengikut laluan mendaki dan menuruni bukit di dalam hutan sejauh kira-kira lima kilometer untuk sampai ke sana.

Bantuan daripada pasukan bomba Indonesia hanya mulai tiba kelmarin dengan anggota yang sangat terhad, manakala pembabitan daripada tentera belum kelihatan.

Pasukan elit Smart Malaysia yang membuat tinjauan di kawasan itu semalam turut memulakan operasi mencari mayat yang tertimbus, namun tiada mangsa ditemui dan operasi akan disambung hari ini.

Sehingga kini, jentera berat belum dibawa masuk oleh kerajaan Indonesia menyebabkan usaha mencari mangsa sangat perlahan kerana tenaga manusia saja tidak memadai untuk menggali tanah tebal dan mengalihkan pokok besar yang tumbang.

Ramli Ali, 46, yang kehilangan 17 ahli keluarga termasuk ibunya yang mendiami lapan rumah di tengah kampung itu, berkata kebanyakan penduduk tidak dapat berbuat apa-apa tanpa bantuan jentera berat.

"Tanah sangat tebal dan kami tidak mampu menggali sendiri. Jentera berat perlu digunakan untuk menggali kawasan rumah sebelum kami boleh menggunakan cangkul mencari sendiri," katanya yang kesal kerana bantuan daripada kerajaan hanya ditumpukan di kawasan bandar.

Difahamkan, beberapa kampung lain berhampiran kawasan itu turut mengalami nasib sama dengan angka korban keseluruhan mencecah lebih 400 orang.