Perancangan Strategik Kelas Pemulihan Khas

| Saturday, February 28, 2009


PENGENALAN


Penguasaan 3M adalah titik tolak kepada kejayaan pembelajaran seseorang pelajar atau murid.Murid yang menghadapi kesulitan pembelajaran khususnya dalam menguasai kemahiran asas membaca, menulis dan mengira perlu menjalani program secara khusus dan berterusan.


RASIONAL


Program peningkatan penguasaan 3M disediakan untuk membantu murid menguasai beberapa kemahiran asas 3M yang belum dapat dikuasai. Strategi membimbing murid perlu bermula pada peringkat awal iaitu semasa murid – murid ini berada di tahap 1. Tanpa usaha –usaha pemulihan pada peringkat awal,mereka akan mengalami defisit dalam pembelajaran hingga ke tahap dua dan berterusan hingga ke sekolah menengah.


OBJEKTIF


Setelah mengikuti program ini pada tempoh masa yang ditetapkan, adalah diharapkan:



1. Murid dapat menguasai kemahiran 3M.


2. Lebih ramai murid dapat dipulihkan dan kembali ke kelas biasa.


3. Murid berupaya bersaing dengan rakan-rakan dan mempunyai keyakinan untuk terus berusaha dalam bidang pelajaran.


Program Peningkatan Penguasaan 3M ini memberi fokus kepada 17 orang murid

pemulihan khas tahun 2 dan Tahun 3.



Bilangan murid:



Tahun 2 : 14 orang ( 7 L 7 P )


Tahun 3 : 3 orang ( 1 L 2 P )


Jumlah : 17 orang



PERANCANGAN TAHUNAN

KELAS PEMULIHAN KHAS

SEKOLAH KEBANGSAAN JELAPANG

SETIU TERENGGANU

2009




BIL

STRATEGI

TAKTIK

1.

MESYUARAT JAWATAN KUASA KELAS

PEMULIHAN

Tujuan :

i. Membincangkan perlaksanaan program

ii. Mewujudkan pasukan guru yang bertanggungjawab dan berdedikasi kepada permasalahan pembelajaran murid

iii. Mengadakan perbincangan dan strategi mengatasi pengajaran dan pembelajaran di kelas pemulihan khas dan kelas-kelas biasa.

Penglibatan :

Semua guru AJK Kelas Pemulihan Khas

dan pentadbir sekolah

Cadangan tempat :

Bilik mesyuarat / kelas pemulihan khas

Kandungan program :

i. Merangka dan melaksana program

ii. Menganalisis masalah pengajaran dan pembelajaran

iii. Strategi mengatasi masalah guru dan murid

Kos :

Sekolah

Tenaga / kaki tangan :

AJK kelas pemulihan khas

Minggu ke 2

Februari

April

Jun

Ogos


BIL

STRATEGI

TAKTIK

2.

MOTIVASI / SESI PERJUMPAAN DENGAN IBU BAPA MURID YANG BELUM MENGUASAI 3M

Tujuan :

i. Memberi kesedaran kepada ibu bapa

tentang kelemahan prestasi akademik

anak- anak mereka.

ii. Membincangkan langkah-langkah

meningkatkan tahap penguasaan 3M

anak masing-masing.

Penglibatan :

Semua ibu bapa murid Tahun 1 hingga

6 yang belum menguasai 3M

Cadangan tempat :

Bilik mesyuarat / kelas pemulihan khas

Kandungan program :

i. Membincangkan langkah menangani

Masalah pembelajaran anak masing-masing.

ii. Memberi kesedaran dan galakan kepada ibu bapa membantu anak masing-masing menguasai 3M.

iii. Memastikan ibu bapa tahu tahap pencapaian anak mereka dalam bidang pelajaran.

iv. Membantu ibu bapa membimbing anak masing-masing dengan latihan lembaran kerja dan kad-kad bacaan.

Kos :

Jamuan ringan

Tenaga / kaki tangan :

Guru pemulihan khas dan

AJK kelas pemulihan khas

Minggu ke 3

Mac / Jun


BIL

STRATEGI

TAKTIK

3.

KELAS BIMBINGAN / TAMBAHAN

Di luar waktu persekolahan –

Ahad, Isnin dan Selasa : 12 .45 -- 1. 15 tgh

Hari Sabtu minggu tidak bekerja.

Tujuan :

Meningkatkan tahap penguasaan murid dalam kemahiran asas 3M

Penglibatan :

Murid Tahun 2 dan 3

Cadangan tempat :

Kelas pemulihan khas

Kandungan program :

i. Memberi bimbingan mengikut tahap pengasaan kemahiran murid.

ii. Murid dibimbing dengan penggunaan kad-kad bacaan,buku “Begini Caranya Sayang”, lembaran kerja dan bahan Bantu mengajar yang dibina.

Kos :

Tenaga / kaki tangan :

Guru pemulihan khas

Jun hingga

Oktober

4.

PROGRAM ANAK ANGKAT

i. Mewujudkan rasa perihatin dan tanggung jawab mendidik murid yang lemah dalam pembelajaran.

ii. Sokongan kendiri kepada murid.

Penglibatan :

PK 1, PK11, dan PK KK

Sepanjang tahun

BIL

STRATEGI

TAKTIK


Cadangan tempat :

Sekolah

Kos :

-

Tenaga / kaki tangan :

Guru-guru Penolong Kanan.


5.

PERTANDINGAN BAHASA DAN MATEMATIK

Tujuan :

Menimbulkan rangsangan dan minat serta keseronokan belajar sambil bermain.

Penglibatan :

Semua murid pemulihan Tahun 2 hingga 6

Cadangan tempat :

Kelas pemulihan khas

Kandungan program :

i. Mengadakan pertandingan teka silangkata mengikut tahap kebolehan murid.

ii. Mengadakan pertandingan ‘ dart’

iii. Pertandingan ‘dam ular’

Kos :

Hadiah kumpulan & individu – RM 40.00

Tenaga / kaki tangan :

Guru & AJK Pemulihan khas

September

&

Oktober

6.

PEMANTAUAN

Tujuan :

i. Memberi bimbingan dalam aspek

P& P.

ii. Mengenal pasti masalah guru dan murid pemulihan khas.


BIL

STRATEGI

TAKTIK


Penglibatan :

Guru Besar dan PK 1

Cadangan tempat :

Kelas pemulihan khas

Kandungan program :

i. Pemantauan berfokus kepada teknik dan langkah pengajaran guru.

ii. Punca masalah guru dan murid dapat dikenal pasti.

Kos :

-

Tenaga / kaki tangan :

Guru Besar dan PK 1.

Februari

Mei

Oktober

7.

PENILAIAN

Tujuan :

i. Mengesan daerah kelemahan penguasaan murid.

ii. Penilaian yang dijalankan ialah :

Ø Ujian saringan IPP3M 1/2/3

Ø Ujian Dianostik

Ø Ujian Prestasi

Penglibatan :

Guru Pemulihan Khas

Cadangan tempat :

Kelas pemulihan khas

Kandungan program :

i. Menjalankan ujian saringan.

ii. Menjalankan ujian Dianostik

iii. Menjalankan ujian prestasi bagi mengenal pasti tahap pencapaian murid.

Kos :

Sekolah

Tenaga / kaki tangan :

Guru Pemulihan khas

Januari

Mei

Oktober

BIL

STRATEGI

TAKTIK

8.

PROJEK KECERIAAN KELAS

Tujuan :

i. Mewujudkan suasana pembelajaran yang kondusif

ii. Menarik minat murid terhadap pelajaran

Penglibatan :

Guru Pemulihan Khas dan Ajk Pemulihan Khas

Cadangan tempat :

Di dalam dan di luar kelas pemulihan khas

Kandungan program :

i. Menambah dan membaik pulih BBM yang sedia ada

ii. Membina kiosk

Kos :

RM 400.00

Tenaga / kaki tangan :

Guru Pemulihan Khas dan Ajk Pemulihan Khas

April hingga

Jun

9.

MAJLIS PENGHARGAAN DAN KECEMERLANGAN MURID PEMULIHAN KAHS

Tujuan :

i. Memberi perangsang,minat dan semangat kepada murid yang telah berjaya untuk terus cemerlang dalam bidang pelajaran

ii. Memberi dorongan kepada murid-murid lain untuk belajar bersungguh-sungguh.

Oktober

BIL

STRATEGI

TAKTIK


Penglibatan :

Murid pemulihan khas

Cadangan tempat :

Dewan sekolah

Kandungan program :

i. Pemilihan murid berdasarkan pencapaian baik di kelas pemulihan khas dan di kelas biasa.

ii. Murid bergiat aktif dalam bidang ko

kurikulum

iii. Murid mempunyai keyakinan diri yang tinggi dan telah kembali ke kelas biasa

iv. Hadiah disampaikan semasa Hari Anugerah Sekolah.

Kos :

Sekolah

Tenaga / kaki tangan :

Guru Pemulihan Khas



PENUTUP:


Program peningkatan Penguasaan 3M diharapkan dapat membantu mengurangkan bilangan murid yang masih belum menguasai asas 3M di sekolah ini.Kejayaan program ini insyaAllah akan mudah dicapai jika mendapat sokongan dan kerjasama erat dari berbagai pihak khususnya para ibu bapa, guru-guru dan pentadbir sekolah.Semuga setiap aktiviti yang dirancang akan dapat berjalan dengan baik demi masa depan anak didik kita.

Disediakan oleh :

……………………

( WAN RAMLI B. WAN ABDULLAH )

Guru Pemulihan Khas

Sek.Keb.Jelapang,Setiu







0 comments:

Post a Comment