En. Wan Ramli Bin Wan Abdullah
En.Zainal Abidin Bin Jusoh
En. Mohd Yazmin
En. Abd Hafiz Bin Salleh
En. Mohd Radzi
En. Mohd Azrol
En. Wan Muhamad Khairu Bin Wan Muda
Pn. Jismani Bt Mohd Amin
Cik Fadzilah Bt Ibrahim
Semua Guru Kelas
Penguasaan 3M adalah titik tolak kepada kejayaan pembelajaran seseorang pelajar atau murid.Murid yang menghadapi kesulitan pembelajaran khususnya dalam menguasai kemahiran asas membaca, menulis dan mengira perlu menjalani program secara khusus dan berterusan.
Program peningkatan penguasaan 3M disediakan untuk membantu murid menguasai beberapa kemahiran asas 3M yang belum dapat dikuasai. Strategi membimbing murid perlu bermula pada peringkat awal iaitu semasa murid – murid ini berada di tahap 1. Tanpa usaha –usaha pemulihan pada peringkat awal,mereka akan mengalami defisit dalam pembelajaran hingga ke tahap dua dan berterusan hingga ke sekolah menengah.
Setelah mengikuti program ini pada tempoh masa yang ditetapkan, adalah diharapkan:
1. Murid dapat menguasai kemahiran 3M.
2. Lebih ramai murid dapat dipulihkan dan kembali ke kelas biasa.
3. Murid berupaya bersaing dengan rakan-rakan dan mempunyai keyakinan untuk terus berusaha dalam bidang pelajaran.
Program Peningkatan Penguasaan 3M ini memberi fokus kepada 17 orang murid
pemulihan khas tahun 2 dan Tahun 3.
Bilangan murid:
Tahun 2 : 14 orang ( 7 L 7 P )
PERANCANGAN TAHUNAN
KELAS PEMULIHAN KHAS
SEKOLAH KEBANGSAAN JELAPANG
SETIU TERENGGANU
2009
BIL | STRATEGI | TAKTIK |
1. | MESYUARAT JAWATAN KUASA KELAS PEMULIHAN Tujuan : i. Membincangkan perlaksanaan program ii. Mewujudkan pasukan guru yang bertanggungjawab dan berdedikasi kepada permasalahan pembelajaran murid iii. Mengadakan perbincangan dan strategi mengatasi pengajaran dan pembelajaran di kelas pemulihan khas dan kelas-kelas biasa. Penglibatan : Semua guru AJK Kelas Pemulihan Khas dan pentadbir sekolah Cadangan tempat : Bilik mesyuarat / kelas pemulihan khas Kandungan program : i. Merangka dan melaksana program ii. Menganalisis masalah pengajaran dan pembelajaran iii. Strategi mengatasi masalah guru dan murid Sekolah Tenaga / kaki tangan : AJK kelas pemulihan khas | Minggu ke 2 Februari April Jun Ogos |
BIL | STRATEGI | TAKTIK |
2. | MOTIVASI / SESI PERJUMPAAN DENGAN IBU BAPA MURID YANG BELUM MENGUASAI 3M Tujuan : i. Memberi kesedaran kepada ibu bapa tentang kelemahan prestasi akademik anak- anak mereka. ii. Membincangkan langkah-langkah meningkatkan tahap penguasaan 3M anak masing-masing. Penglibatan : Semua ibu bapa murid Tahun 1 hingga 6 yang belum menguasai 3M Cadangan tempat : Bilik mesyuarat / kelas pemulihan khas Kandungan program : i. Membincangkan langkah menangani Masalah pembelajaran anak masing-masing. ii. Memberi kesedaran dan galakan kepada ibu bapa membantu anak masing-masing menguasai 3M. iii. Memastikan ibu bapa tahu tahap pencapaian anak mereka dalam bidang pelajaran. iv. Membantu ibu bapa membimbing anak masing-masing dengan latihan lembaran kerja dan kad-kad bacaan. Jamuan ringan Tenaga / kaki tangan : Guru pemulihan khas dan AJK kelas pemulihan khas | Minggu ke 3 Mac / Jun |
BIL | STRATEGI | TAKTIK |
3. | KELAS BIMBINGAN / TAMBAHAN Di luar waktu persekolahan – Ahad, Isnin dan Selasa : 12 .45 -- 1. 15 tgh Hari Sabtu minggu tidak bekerja. Tujuan : Meningkatkan tahap penguasaan murid dalam kemahiran asas 3M Penglibatan : Murid Tahun 2 dan 3 Cadangan tempat : Kelas pemulihan khas Kandungan program : i. Memberi bimbingan mengikut tahap pengasaan kemahiran murid. ii. Murid dibimbing dengan penggunaan kad-kad bacaan,buku “Begini Caranya Sayang”, lembaran kerja dan bahan Bantu mengajar yang dibina. Tenaga / kaki tangan : Guru pemulihan khas | Jun hingga Oktober |
4. | PROGRAM ANAK ANGKAT i. Mewujudkan rasa perihatin dan tanggung jawab mendidik murid yang lemah dalam pembelajaran. ii. Sokongan kendiri kepada murid. Penglibatan : PK 1, PK11, dan PK KK | Sepanjang tahun |
BIL | STRATEGI | TAKTIK |
Cadangan tempat : Sekolah - Tenaga / kaki tangan : Guru-guru Penolong Kanan. | ||
5. | PERTANDINGAN BAHASA DAN MATEMATIK Tujuan : Menimbulkan rangsangan dan minat serta keseronokan belajar sambil bermain. Penglibatan : Semua murid pemulihan Tahun 2 hingga 6 Cadangan tempat : Kelas pemulihan khas Kandungan program : i. Mengadakan pertandingan teka silangkata mengikut tahap kebolehan murid. ii. Mengadakan pertandingan ‘ dart’ iii. Pertandingan ‘dam ular’ Hadiah kumpulan & individu – RM 40.00 Tenaga / kaki tangan : Guru & AJK Pemulihan khas | September & Oktober |
6. | PEMANTAUAN Tujuan : i. Memberi bimbingan dalam aspek P& P. ii. Mengenal pasti masalah guru dan murid pemulihan khas. |
BIL | STRATEGI | TAKTIK |
Penglibatan : Guru Besar dan PK 1 Cadangan tempat : Kelas pemulihan khas Kandungan program : i. Pemantauan berfokus kepada teknik dan langkah pengajaran guru. ii. Punca masalah guru dan murid dapat dikenal pasti. - Tenaga / kaki tangan : Guru Besar dan PK 1. | Februari Mei Oktober | |
7. | PENILAIAN Tujuan : i. Mengesan daerah kelemahan penguasaan murid. ii. Penilaian yang dijalankan ialah : Ø Ujian saringan IPP3M 1/2/3 Ø Ujian Dianostik Ø Ujian Prestasi Penglibatan : Guru Pemulihan Khas Cadangan tempat : Kelas pemulihan khas Kandungan program : i. Menjalankan ujian saringan. ii. Menjalankan ujian Dianostik iii. Menjalankan ujian prestasi bagi mengenal pasti tahap pencapaian murid. Sekolah Tenaga / kaki tangan : Guru Pemulihan khas | Januari Mei Oktober |
BIL | STRATEGI | TAKTIK |
8. | PROJEK KECERIAAN KELAS Tujuan : i. Mewujudkan suasana pembelajaran yang kondusif ii. Menarik minat murid terhadap pelajaran Penglibatan : Guru Pemulihan Khas dan Ajk Pemulihan Khas Cadangan tempat : Di dalam dan di luar kelas pemulihan khas Kandungan program : i. Menambah dan membaik pulih BBM yang sedia ada ii. Membina kiosk RM 400.00 Tenaga / kaki tangan : Guru Pemulihan Khas dan Ajk Pemulihan Khas | April hingga Jun |
9. | MAJLIS PENGHARGAAN DAN KECEMERLANGAN MURID PEMULIHAN KAHS Tujuan : i. Memberi perangsang,minat dan semangat kepada murid yang telah berjaya untuk terus cemerlang dalam bidang pelajaran ii. Memberi dorongan kepada murid-murid lain untuk belajar bersungguh-sungguh. | Oktober |
BIL | STRATEGI | TAKTIK |
Penglibatan : Murid pemulihan khas Cadangan tempat : Dewan sekolah Kandungan program : i. Pemilihan murid berdasarkan pencapaian baik di kelas pemulihan khas dan di kelas biasa. ii. Murid bergiat aktif dalam bidang ko kurikulum iii. Murid mempunyai keyakinan diri yang tinggi dan telah kembali ke kelas biasa iv. Hadiah disampaikan semasa Hari Anugerah Sekolah. Sekolah Tenaga / kaki tangan : Guru Pemulihan Khas |
PENUTUP:
Program peningkatan Penguasaan 3M diharapkan dapat membantu mengurangkan bilangan murid yang masih belum menguasai asas 3M di sekolah ini.Kejayaan program ini insyaAllah akan mudah dicapai jika mendapat sokongan dan kerjasama erat dari berbagai pihak khususnya para ibu bapa, guru-guru dan pentadbir sekolah.Semuga setiap aktiviti yang dirancang akan dapat berjalan dengan baik demi masa depan anak didik kita.
Disediakan oleh :
……………………
( WAN RAMLI B. WAN ABDULLAH )
Guru Pemulihan Khas
Sek.Keb.Jelapang,Setiu
Copyright © 2008 Kelas Pemulihan Khas Sek. Keb. Jelapang, Setiu. | Design by Smashing Wordpress Themes - Blogger template by Zona Chrome