Ruangan ini disediakan untuk memberi tips kepada guru-guru untuk menghantar murid yang bermasalah kepada guru pemulihan
Lihat dahulu definisinya…
Definisi Program Pemulihan Khas
“Satu program pendidikan disediakan untuk murid yang mengalami masalah dalam penguasaan kemahiran 3M yang kompleks disebabkan oleh faktor persekitaran. Program ini dijalankan oleh guru yang khusus, di ruang yang khusus.”
Definisi Murid Pemulihan Khas
“Murid yang menghadapi kesukaran dalam penguasaan kemahiran asas 3M disebabkan oleh faktor persekitaran dan bukan kognitif”.
Matlamat
Memastikan semua murid Tahap 1 menguasai kemahiran asas 3M.
Objektif
Setelah mengikuti program ini murid dapat:
a) menguasai kemahiran asas 3M
b) meneruskan pembelajaran di kelas biasa
c) membina keyakinan diri dan positif terhadap pembelajaran
Pencalonan Murid
a) Pencalonan murid boleh dibuat oleh guru mata pelajaran / guru kelas/guru besar/ibu bapa/ penjaga
b) Pencalonan adalah berdasarkan kepada pencapaian mereka dalam pelajaran Bahasa Malaysia atau Matematik.
c) Murid-murid boleh dicalonkan :
Untuk Tahun 1 : setelah tidak melepasi Ujian Pelepasan KIA 2M 3 Untuk Tahun 2 dan 3 : selepas meninjau prestasi murid dalam mata pelajaran asas pada tahun sebelumnya. Masa yang paling baik sekali ialah di awal tahun persekolahan.
sumber : http://www.moe.gov.my/jpkhas/images/muatturun/Garis_Panduan.pdf
0 comments:
Post a Comment