Taklimat Pemulihan Khas ditunda : Hj Ngah Bin Bidin
Semua Guru Pemulihan Khas
Seluruh Negeri Terengganu.
TAKLIMAT PEMULIHAN KHAS
Taklimat Pemulihan Khas telah ditunda dari 15 April 2009 ke 22 April 2009
di SMK Wakaf Tapai, Marang.
Harap maklum.
Terima kasih
T.T
sk.
Semua JU daerah
Pengurusan Masa mengikut Hassan Al Banna
"Kewajipan kita adalah lebih banyak daripada waktu yang kita ada, oleh itu bantulah saudaramu tentang cara-cara bagaimana hendak menggunakan masa dengan berfaedah dan jika saudara mempunyai tugas sendiri, maka ringkaskanlah pelaksanaannya," demikian menurut wasiat Hasan al-Banna yang terakhir. Kepada setiap pendakwah, guru atau seorang Islam yang sejati, masanya sangat penting. Mereka harus waspada selalu dengan penggunaan masa. Masa yang tidak digunakan dengan teliti akan menyebabkan kita akan menyesal tanpa kesudahan. Ini kerana, masa yang sudah terlepas itu tidak boleh diganti lagi. Pepatah Melayu ada menyatakan, patah tumbuh hilang berganti. Tetapi, bidalan itu merujuk kepada seseorang pemimpin yang telah mati atau barang hilang yang mungkin boleh ditemukan semula atau sesuatu yang hilang dan boleh digantikan semula. Yang tak boleh digantikan semula ialah waktu, saat, detik, dan masa. Oleh kerana masa ini sangat penting, maka setiap bangsa punya peraturan, falsafah dan pepatah yang lengkap tentang kepenggunaan waktu. Antara bangsa Asia, kita selalu mendengar bahawa bangsa Jepun menghargai waktu. Bagaimanapun mereka maju di dunia kerana falsafah penggunaan masa itu hanya sekadar untuk memenuhi keperluan di dunia. Sedangkan, Islam menyeru umatnya agar mengguna masanya guna memenuhi keperluan di dunia dan kebutuhan di akhirat. Pepatah Melayu menyebutkan bahawa masa itu emas. Malah emas, perak dan intan berlian sekali pun belum dapat menandingi harga emas. Kalau emas itu hilang, maka emas itu boleh dicari semula atau pun diganti dengan wang, tanah atau apa-apa pun yang ada harganya. Itulah kayu ukur yang menandakan masa itu sangat berharga. Iaitu, jika masa telah berlalu, maka tiada suatu kuasa apa pun yang dapat menggantikannya atau mengembalikannya. Tapi, jika emas hilang, nescaya ada seribu satu jalan, kuasa yang dapat berikhtiar menggantikannya. Waktu tidak boleh dicipta, malah alam ini tercipta oleh peredaran waktu. Tuhan menyebut bahawa alam ini tercipta dalam enam masa. Masa cuma boleh dinamakan, dipenggal, dipecahkan, dipotong sebagai hari, minggu bulan serta dinamakan Ahad, Isnin dan sebagainya. Jika ada keperluan untuk amalan rohani gelap, maka ia dinamakan Keliwon mengikut lidah Jawa. Masa itu tidak boleh direkabentuk seperti benda-benda yang boleh dipegang. Setiap yang boleh dipegang boleh dipatahkan dengan benda lain. Pokok yang dipatahkan rantingnya boleh tumbuh semula. Kerana itu, manusia boleh berkata, yang patah itu boleh tumbuh dan yang hilang boleh berganti. Ini kerana, patah dan tumbuh itu sifat benda dan bukan sifat masa. Malah, masa itu boleh mengancam manusia. Saidina Ali berkata, "Masa itu umpama pedang. jika kamu tidak 'memenggalnya', nescaya ia akan 'memenggal' lehermu." Sebenarnya yang menyebabkan masa itu berharga ialah disebabkan adanya kerja, tugas, amanah yang perlu disiapkan semasa waktu itu sedang berjalan. Jika bukan kerana itu, maka masa itu tidak berharga. Misalnya, dengan peredaran masa, pokok perlu membesar dan ia dijual dengan masa tertentu. Sebab itulah masa untuk menunggu pokok itu membesar amat berharga. Dalam hal ini masa disalahgunakan dalam perniagaan yang melibatkan riba. Sekiranya kita tidak dapat melunaskan hutang dalam tempoh waktu tertentu, maka bunga (riba) akan naik. Demikianlah masa disalahgunakan dalam 'industri' riba. Maka Hasan al-Banna telah memulakan wasiatnya dengan menggunakan ungkapan 'kewajipan kita' yang bermaksud usaha dakwah kepada umat ini. Kewajipan usaha dakwah ini ada pertalian yang amat erat dengan penggunaan waktu. Masa makin singkat dan suntuk! Itu maksud Hasan al-Banna; jumlah usaha dakwah perlu digembeling dalam jumlah waktu yang sungguh singkat. Masa seperti semakin pendek apabila terlalu banyak urusan dakwah yang perlu dibereskan. Daripada Anas bin Malik r.a. berkata: Rasulullah s.a.w bersabda, "Tidak akan terjadi kiamat sehingga masa menjadi singkat, maka setahun dirasakan seperti sebulan dan sebulan dirasakan seperti seminggu dan seminggu dirasakan seperti sehari dan sehari dirasakan seperti satu jam dan satu jam dirasakan seperti satu percikan api." (Hadis riwayat at-Tirmizi) Hasan al-Banna, ketika menyusun wasiatnya, beliau mungkin terkesan dengan sabda Rasulullah s.a.w ini. Bilangan manusia yang ingin melakukan perubahan ke arah kebaikan dan islah sangat kurang berbanding manusia jahat yang memperuntuk masa dan hartanya ke arah kemusnahan dunia dan tamadun ini. Oleh itu bayangkanlah bagaimana keadaannya ketika kerja dakwah makin banyak menimbun ini terpikul atas bahu segelintir pendakwah sahaja yang inginkan kedamaian, kesejahteraan, kebaikan dan ketenangan di dunia dan akhirat. Bantu manusia menguruskan waktunya Apabila manusia itu mula faham akan falsafah dan matlamat hidup, maka akan wujud manusia yang akan menggunakan masanya dengan betul, baik dan sempurna. Manusia yang telah mula dibangunkan kesedarannya ini akan tertanya-tanya pula tentang bagaimana seharusnya mereka mahu memanfaatkan waktunya di dunia ini sementara menunggu waktu di akhirat kelak. Maka.. di sini Al-Banna menyarankan pendakwah agar membantu mereka yang telah terbuka hatinya untuk memahami bagaimana mereka perlu memanfaatkan waktunya untuk beribadah sementara menunggu waktu dihisab di akhirat kelak. "Oleh itu bantulah saudaramu tentang cara-cara bagaimana hendak menggunakan masa dengan berfaedah dan kalau saudara mempunyai tugas sendiri, maka ringkaskanlah pelaksanaannya," demikian pesan al-Banna lagi. Orang yang telah dilembutkan hatinya dan dilunakkan jiwanya sentiasa tertanya-tanya mengenai apakah amalan yang harus dilakukan guna mencapai redha ilahi. Soalan semacam ini kerap hinggap di ranting pertanyaan sahabat dan baginda selalu hadir bagi menjawab setiap pertanyaan tersebut. Ghairahnya para sahabat dalam beramal sehingga mereka kerap bertanya, apakah amalan yang paling baik dan bermacam pula jawapan baginda tergantung kepada keadaan rohani para sahabat itu. Jika dilihatnya sahabat itu menderhakai ibu bapanya maka baginda bersabda, berbuat baiklah kepada ibu bapa. Jika dilihatnya penyoal itu seorang yang panas baran, maka dia menasihatkan orang itu supaya tidak marah-marah. Mereka yang mula lunak kepada agama tidak tahu atau terlupa tentang cara-cara menggunakan masa sebagai yang disaran di dalam al-Quran. Mungkin kerana keterbatasan dalam bahasa Arab, mereka tidak faham mesej dalam surah Al-Muzzammil. [1] Hai orang yang berselimut! [2] Bangunlah sembahyang Tahajjud pada waktu malam, kecuali dari sedikit masa (yang tak dapat tidak untuk berehat), [3] Iaitu separuh dari waktu malam, atau kurangkan sedikit dari separuh itu, [4] Atau pun lebihkan (sedikit) daripadanya; dan bacalah Al-Quran dengan "Tartil." [5] (Sayugialah engkau dan pengikut-pengikutmu membiasakan diri masing-masing dengan ibadat yang berat kepada hawa nafsu, kerana) sesungguhnya Kami akan menurunkan kepadamu wahyu (Al-Quran yang mengandungi perintah-perintah) yang berat (kepada orang-orang yang tidak bersedia menyempurnakannya). [6] Sebenarnya sembahyang dan ibadat malam lebih kuat kesannya (kepada jiwa), dan lebih tetap betul bacaannya. [7] (Kami galakkan engkau dan umatmu beribadat pada waktu malam), kerana sesungguhnya engkau pada siang hari mempunyai urusan-urusan yang panjang kira bicaranya. Orang yang didakwah atau mereka yang baru dinyalakan pencerahan rohani dalam dirinya, selalu hidup pelbagai ragam persoalan dalam hatinya dan menyalalah pula pelbagai rencam pertanyaan yang berwarna-warni dalam dirinya berhubung langkah-langkah awal menuju ke arah kesempurnaan hidupnya sebagai manusia terbaik. Jadi, bagaimana mereka harus bermula? Jika ada amalan permulaan, maka apakah amalan permulaan itu? "Dan bangunlah pada sebahagian dari waktu malam serta kerjakanlah "Sembahyang Tahajjud" padanya sebagai sembahyang tambahan bagimu, semoga Tuhanmu membangkitkan dan menempatkanmu pada akhirat di tempat terpuji." (Al-Isra': 79) Adakah insan yang baru merangkak, baru melabuhkan pencarian untuk mendakap pencerahan jiwa serta akal fikirannya dapat menyelami hasrat Tuhan sebagai yang terkandung ayat-ayat al-Qur'an di atas? Mereka perlukan masa untuk dibimbing serta masa perlukan pembimbing yang sabar, teguh hati, kuat pendirian, bijaksana, berhemah tinggi yang kental spiritual. Ringkaskan amalan untuk membantu saudara lain Bagi Al-Banna, amalan peribadi yang bertujuan menolong keperluan peribadi di akhirat, hanya bermanfaat untuk keperluan mereka sahaja. Sedangkan, usaha mengirim ilmu ke dalam dada manusia yang kosong tanpa dihuni hikmah pengetahuan sangat berguna kepada kedua-dua pihak, sama ada pihak pendakwah dan pihak yang didakwah. Petunjuk agama menyatakan bahawa, jika ada seseorang beramal dengan sebab ajaran kita, maka pahala dengan sebab amalan itu turut mengalir ke dalam 'akaun pahala' kita kelak. Sebab itu, pendakwah perlu meringkaskan dan menyedikitkan ruang untuk keperluan amalan peribadi supaya lebih banyak ruang dapat dimanfaatkan untuk tujuan pendidikan dan pengajaran ke atas manusia lain yang dahagakan pengetahuan daripada mereka. Mereka yang berkhalwat, beruzlah, dan bersuluk tanpa berusaha keras menggerakkan nurani manusia untuk mendapat imbuhan pencerahan rohani daripada Tuhan, tidak termasuk dalam jenis manusia pencerahan. Al-Banna, Badiuzzaman Said Nursi, dan lain-lainnya adalah ulamak sufi dan bersuluk di 'gua pertapaan' lalu keluar ke lapangan dalam usaha memerangi amalan khurafat dalam pemerintahan manusia mustakbirin sekali gus menyinari mendung awan hitam yang membalut kegelapan hati manusia mustadh'afin. |
MENGENALPASTI TINGKAHLAKU BERMASALAH DAN KESANNYA
1. Tingkahlaku Bermasalah Positif
2. Tingkahlaku Bermasalah Negatif.
1. Tingkahlaku Bermasalah Positif
Bermaksud tingkahlaku positif yang ditunjukkan oleh kanak-kanak secara berlebihan.
Contohnya sifat ingin tahu yang berlebihan boleh menimbulkan perasaan kurang senang
orang lain dan boleh dianggap sebagai menggangu.
2. Tingkahlaku Bermasalah Negatif.
a. tingkahlaku mengganggu ( disruptif)
b. pergantungan berlebihan ( tidak dapat berdikari dan membuat keputusan sendiri )
c. Aggresif - suka mencari gaduh, bertengkar dll.
d. Suka merosakkan harta benda ( destruktif )
e. Bimbang tidak bertempat.
f. Pengasingan diri.
g. ponteng kelas atau ponteng sekolah.
h. mencuri
Kesan Tingkahlaku Bermasalah Terhadap Pembelajaran
1. tidak memberi tumpuan semasa guru mengajar.
2. mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran
3. sukar memahami pengajaran guru.
4. tidak menyiapkan tugasan yang diberi.
5. enggan bekerjasama dengan rakan lain.
PROGRAM EKONOMI TOKEN
Program Ekonomi Token merupakan satu sistem pengukuhan secara simbolik. Murid diberi token apabila menunjukkan tingkahlaku yang diingini. Program ini dipanggil sebagai sistem ekonomi kerana berasaskan sistem kewangan, iaitu token yang diterima mempunyai nilai ekonomi dan boleh ditukar dengan benda atau aktiviti yang dikenalpasti sebagai pengukuhan kepada murid.
Pelaksanaan
1. Kenalpasti tingkahlaku sasaran ( peraturan )
2. Kenalpasti bahan token. ( Cth: cip,cop bintang dll )
3. Kenalpasti ganjaran yang akan diperolehi. ( Cth: bekas pensel )
4. Kenalpasti kadar nilai ganjaran ( menu ganjaran ) ( Cth: 10 bintang dapat sebatang pensel.)
5. Murid-murid dijelaskan tentang penerimaan dan penarikan balik token.
Kriteria Pemilihan Token
1. Disukai oleh murid.
2. Mencukupi bila diperlukan.
3. Praktis - tidak menyusahkan.
4. Dalam bentuk yang boleh dihimpunkan, dilihat, disentuh dan dibilang.
5.Tidak mudah diperolehi di tempat lain.
6. Tahan lama.
Kebaikan Sistem Ekonomi Token
1. Dapat mengawal tingkahlaku murid.
2. Menjadi motivasi kepada murid untuk memajukan diri.
3. Tidak mengganggu pembelajaran murid-( diberi selepas pembelajaran)PERBEZAAN INDIVIDU
Setiap individu adalah berbeza dengan individu yang lain. Ini adalah disebabkan setiap individu adalah unik dan tidak ada individu lain yang seratus-peratus sama dengannya walaupun kembar seiras. Oleh itu guru-guru harus memahami perkara ini di kalangan murid-murid kerana ia boleh mempengaruhi pembelajaran di dalam kelas.
Aspek-aspek Perbezaan Individu
1. Jantina
2. Fizikal
3. Kecerdasan otak
4. Personaliti
5. Gaya belajar
6. Kesihatan
7. Sosial
8. Bangsa dan bahasa
Implikasi Perbezaan Individu Kepada Pengajaran dan Pembelajaran
1. Kesediaan belajar.
Oleh kerana murid-murid di dalam kelas mempunyai pelbagai tahap kecerdasan yang
berbeza, ini bermakna kesediaan belajar mereka juga berbeza. Perkara ini perlu diberi pertimbangan oleh guru, terutama murid-murid yang lambat. Sekiranya guru
mengabaikan mereka, mereka akan terus ketinggalan dan berkemungkinan akan
menjadi murid tercicir.
2.Objektif Pengajaran dan Pembelajaran
Dalam merangka objektif pengajaran dan pembelajaran, guru harus mengambil objektif yang sesuai dengan murid. Guru juga harus menyediakan latihan atau aktiviti yang sesuai dengan kumpulan yang berbeza keupayaan supaya murid yang lambat tidak terus tertinggal dan murid yang pandai tidak merasa bosan.
3.Tingkahlaku Menggangu Pembelajaran
Murid-murid yang bermasalah dalam pembelajaran sering mempamerkan tingkahlaku
yang akan mengganggu perhatian orang lain semasa P&P. Contohnya bising, agresif,vandalisme dan lain-lain. Ada juga murid yang proaktif seperti ingin membuat sesuatu yang belum disuruh, suka bertanya mengenai sesuatu yang belum diajar dan lain-lain.Ini dipanggil mengganggu yang positif.
4. Perbezaan Gaya Belajar
Perbezaan individu juga mempengaruhi gaya murid-murid belajar. Ada yang suka belajar
Peranan Guru Dalam Menghadapi Perbezaan Individu
Untuk menghadapi perbezaan di kalangan murid di dalam kelas, antara perkara-perkara yang boleh dibuat oleh guru ialah:
1. Kaedah Kumpulan
2. Pengayaan dan pemulihan
3.Pengajaran terancang
4.. Pembelajaran Koperatif
5. Pengajaran dan Pembelajaran individu
6. Mempelbagaikan bentuk penilaian
7. Mempelbagaikan Strategi Pengajaran dan Pembelajaran
8. Mempelbagaikan Bahan Bantu Mengajar
9. Peneguhan Positif
10. Pengagihan tugas mengikut minat dan keupayaan.
LEARNING DISABILITIES
Learning disabilities are problems that affect the brain's ability to receive, process, analyze, or store information. These problems can make it difficult for a student to learn as quickly as someone who isn't affected by learning disabilities.
There are many kinds of learning disabilities. Most students affected by learning disabilities have more than one kind. Certain kinds of learning disabilities can interfere with a person's ability to concentrate or focus and can cause someone's mind to wander too much. Other learning disabilities can make it difficult for a student to read, write, spell, or solve math problems.
The way our brains process information is extremely complex - it's no wonder things can get messed up sometimes. Take the simple act of looking at a picture, for example: Our brains not only have to form the lines into an image, they also have to recognize what the image stands for, relate that image to other facts stored in our memories, and then store this new information. It's the same thing with speech - we have to recognize the words, interpret the meaning, and figure out the significance of the statement to us. Many of these activities take place in separate parts of the brain, and it's up to our minds to link them all together.
What Are the Signs of Learning Disabilities?
You can't tell by looking that a person has a learning disability, which can make learning disabilities hard to diagnose. Learning disabilities typically first show up when a person has difficulty speaking, reading, writing, figuring out a math problem, communicating with a parent, or paying attention in class.
Some kids' learning disabilities are diagnosed in grade school when a parent or a teacher notices a kid can't follow directions for a game or is struggling to do work he or she should be able to do easily. But other kids develop sophisticated ways of covering up their learning issues, so learning disabilities don't show up until the teen years when schoolwork - and life - gets more complicated.
Most learning disabilities fall into one of two categories: verbal and nonverbal.
People with verbal learning disabilities have difficulty with words, both spoken and written. The most common and best-known verbal learning disability is dyslexia, which causes people to have trouble recognizing or processing letters and the sounds associated with them. For this reason, people with dyslexia have trouble with reading and writing tasks or assignments.
Some people with verbal learning disabilities may be able to read or write just fine but they have trouble with other aspects of language. For example, they may be able to sound out a sentence or paragraph perfectly, making them good readers, but they can't relate to the words in ways that will allow them to make sense of what they're reading (such as forming a picture of a thing or situation). And some people have trouble with the act of writing as their brains struggle to control the many things that go into it - from moving their hand to form letter shapes to remembering the correct grammar rules involved in writing down a sentence.
People with nonverbal learning disabilities may have difficulty processing what they see. They may have trouble making sense of visual details like numbers on a blackboard. Someone with a nonverbal learning disability may confuse the plus sign with the sign for division, for example. Some abstract concepts like fractions may be difficult to master for people with nonverbal learning disabilities.
A behavioral condition called attention deficit hyperactivity disorder (ADHD) is often associated with learning disabilities because people with ADHD may also have a hard time focusing enough to learn and study. Students with ADHD are often easily distracted and have trouble concentrating. They may also be excessively active or have trouble controlling their impulses.
What Causes Them?
No one's exactly sure what causes learning disabilities. But researchers do have some theories as to why they develop. They include:
1.Genetic influences.
Experts have noticed that learning disabilities tend to run in families and they think that heredity may play a role. However, researchers are still debating whether learning disabilities are, in fact, genetic, or if they show up in families because kids learn and model what their parents do.
2.Brain development.
Some experts think that learning disabilities can be traced to brain development, both before and after birth. For this reason, problems such as low birth weight, lack of oxygen, or premature birth may have something to do with learning disabilities. Young children who receive head injuries may also be at risk of developing learning disabilities.
3.Environmental impacts.
Infants and young children are susceptible to environmental toxins (poisons). For example, you may have heard how lead (which may be found in some old homes in the form of lead paint or lead water pipes) is sometimes thought to contribute to learning disabilities. Poor nutrition early in life may also lead to learning disabilities later in life.
Coping With a Learning Disability
Although a diagnosis of a learning disability can feel upsetting, it's actually the first step in resolving the condition. Once an expert has pinpointed a person's particular problem, he or she can then follow strategies or take medicines to help cope with the disability. And taking steps to manage the disability can often help restore a student's self-esteem and confidence.
Some students who have been diagnosed with a learning disability work with a special teacher or tutor for a few hours a week to learn special study skills, note-taking strategies, or organizational techniques that can help them compensate for their learning disability. If you've been diagnosed with a learning disability, you may need support just for the subjects that give you the most trouble. Your school may have a special classroom with a teacher who is trained to help students overcome learning problems.
Some schools develop what is called an Individualized Education Program (or IEP), which helps define a person's learning strengths and weaknesses and make a plan for the learning activities that will help the student do his or her best in school. A student's IEP might include some regular time with a tutor or in a specialized classroom for a certain subject, or the use of some special equipment to help with learning, such as books on tape or laptop computers for students who have dyslexia.
Disleksia
Disleksia adalah sejenis masalah pembelajaran khusus yang kerap berlaku.
Kanak-kanak Disleksia mempunyai masalah menguasai tugasan sekolah walaupun mereka telah berusaha bersungguh-sungguh
Mempunyai keupayaan intelek yang normal
Telah mendapat rangsangan dan pembelajaran yang mencukupi
Masalah asasnya adalah perbezaan cara otak berfungsi dalam menghubungkan simbol visual dengan bunyi
Mereka mungkin mengalami kesukaran membaca, menulis ,memahami ,mengeja dan mengira.
Dianggarkan 4 – 8 % pelajar sekolah yang bermasalah disleksia
Kanak-kanak lelaki lebih ramai bermasalah Disleksia berbanding perempuan.
Apakah ciri-ciri Disleksia?
Diperingkat pra sekolah mereka mungkin :
-Lambat bertutur
-Mengalami kesukaran sebutan atau rima
-Sukar menulis nama sendiri
-Sukar mengenal bentuk atau warna
-Sukar memberitahu cerita yang telah didengarinya
Di alam persekolahan, kanak-kanak Disleksia mungkin :
-Gagal menguasai tugasan sekolah seperti membaca, menulis, mengeja atau mengira
-Tidak suka membaca dan mengelak dari membaca di kelas
-Kesilapan semasa membaca huruf, perkataan atau nombor (Bacaan terbalik) :
-membezakan 15 dengan 51
- “was” menjadi “saw”
- ‘b’ dengan ‘d’‘
- Kurang koordinasi seperti sukar mengikat tali kasut
- Keliru dengan konsep masa seperti ‘semalam’, ‘ hari ini’ , ‘esok’
- Kesukaran memahami, mengingati dan mengikuti arahan
- Selalu tersalah letak atau hilang barang atau kerja sekolah
Adakah individu Disleksia mempunyai keistimewaan?
Antara orang ternama yang juga mengalami Disleksia termasuklah ahli politik (Lee Kuan Yew), pelakon (Whoopi Goldberg), artis (Leonardo da Vinci) dan saintis (Albert Einstein)
Ramai yang berdaya imaginasi tinggi, amat kreatif dan mampu berfikir dari pelbagai sudut / dimensi
Bijak dengan kemahiran tangan atau sukan.
Masalah yang mungkin dialaminya
- Salah sangka dan digelar sebagai malas, bodoh atau lembab
- Pembentukan imej diri yang sihat terjejas dan mengalami rasa rendah diri
- Jika tidak dikenalpasti dan dibantu diperingkat awal boleh menyebabkan
- Gangguan emosi (seperti kemurungan)
- Masalah tingkahlaku (seperti melawan, kecelaruan tingkahlaku)
- Rendah pencapaian akademik (menyebabkan keciciran sekolah)
Membantu anak-anak bermasalah Disleksia
Langkah-langkah untuk membantu mereka termasuklah :
- Bantu kanak-kanak dan keluarga mengendali permasalahan ini dan bina keyakinan diri anak
- Rawat penyakit lain yang mungkin berkait seperti Gejala Hiperaktif dan Kurang Daya
Tumpuan
Pertingkatkan potensi pembelajaran anak melalui :
-Terapi pertuturan
-Latihan pendengaran dengan bantuan komputer
-Pendekatan pelbagai deria (Menggunakan deria lain untuk membantu pembelajaran)
-Deria sentuhan
Tiada ubat untuk sembuhkan disleksia
Oleh Hafizah Iszahanid
hafiza@bharian.com.my
Hanya sokongan, usaha gigih dapat bantu anak dari segi pembelajaran
APABILA anak anda masih gagal menulis namanya sendiri walaupun sudah berusia tujuh tahun, jangan cepat mengatakan dia bodoh atau lembam. Pernahkah anda terfikir bahawa anak anda mungkin berhadapan dengan masalah disleksia?
Apatah lagi jika dia sukar memahami, mengingati atau mematuhi arahan dan tidak faham konsep masa seperti semalam, hari ini atau esok.
Disleksia adalah masalah kurang kemampuan dari segi pembelajaran menyebabkan mereka bermasalah untuk membaca, mengeja dan memahami. Ia bukan masalah intelektual kerana dari segi IQ mereka bijak tetapi ketidakupayaan membezakan huruf, nombor, menterjemahkan bunyi dan visual dalam penulisan menyebabkan mereka gagal untuk belajar.
Disleksia sebenarnya berpunca daripada perbezaan otak memproses bahasa penulisan dengan bahasa pertuturan. Dipercayai sistem neurologi yang tidak berfungsi dengan betul menyebabkan gangguan pada struktur otak.
Presiden Persatuan Disleksia Malaysia, Sariah Amirin, berkata disleksia adalah disebabkan perbezaan otak memproses tulisan dan pertuturan.
Beliau berkata, tiada statistik mengenai disleksia di Malaysia namun dianggarkan antara empat hingga lapan peratus kanak-kanak pada usia persekolahan berhadapan dengan disleksia manakala kanak-kanak lelaki lebih cenderung berhadapan dengan masalah itu berbanding kanak-kanak perempuan.
"Kanak-kanak disleksia bukan kanak-kanak lembam atau bodoh, mereka cuma kurang kemampuan dari segi pembelajaran. Namun, itu tidak bermakna mereka akan gagal dalam hidup. Mereka masih boleh belajar dan diajar dengan formula tertentu," katanya.
Bagi membela nasib kanak-kanak disleksia, Persatuan Disleksia Malaysia memiliki tiga pusat pembelajaran khas untuk golongan ini. Bertempat di Ampang, Subang dan Titiwangsa, pusat ini melatih kanak-kanak selama tiga bulan atau paling lama enam bulan sebelum mereka kembali semula ke alam persekolahan.
"Disleksia adalah masalah seumur hidup. Ia bukanlah masalah jika mereka diberi peluang untuk belajar. Ada kanak-kanak disleksia yang berjaya hingga ke peringkat universiti," katanya.
Dari sudut perubatan, disleksia dikaitkan dengan faktor genetik, namun tahap masalah pembelajaran bagi setiap kanak-kanak itu tidak sama. Ada penyelidik percaya komplikasi ketika hamil atau ketika melahirkan bayi menyebabkan sedikit kerosakan pada otak.
Umumnya, kanak-kanak ini berhadapan dengan kesukaran belajar membaca dan mengeja. Otak mereka juga kurang berupaya menterjemah imej yang diterima daripada mata atau bunyi yang didengar telinga kepada bahasa yang difahami apabila dituturkan.
Biasanya kanak-kanak disleksia boleh mengeja dengan betul tetapi kedudukan perkataan itu tunggang terbalik atau tertinggal huruf vokal. Misalnya perkataan tiap-tiap ditulis sebagai tipa-tipa. Apabila guru menyebut 13, kanak-kanak disleksia akan menulis 31. Jika guru meminta mereka mengeja perkataan diam mereka menulis d i y a m, kalau disebut di - am, barulah ditulis diam.
Sariah berkata, disleksia kerap dikesan pada umur persekolahan. Selalunya ibu bapa dan kanak-kanak itu sendiri kecewa kerana gagal belajar membaca dan menulis dengan baik sehingga membawa kepada masalah kemurungan dan rendah diri.
Kegagalan itu menyebabkan mereka mula bermasalah bukan saja di sekolah tetapi di rumah. Apatah lagi jika ibu bapa atau guru tidak menyedari kanak-kanak terbabit sebenarnya berhadapan dengan disleksia.
Selain itu, ada kanak-kanak disleksia yang terjejas dari segi visual, misalnya gagal menulis huruf, nombor dan simbol dalam susunan yang betul. Dari segi pendengaran, mungkin ada yang sukar membezakan huruf atau kumpulan huruf manakala ada juga yang tidak boleh memegang atau mengawal pensil di genggaman menyebabkan mereka sukar menulis dengan betul.
Disleksia boleh terjadi pada peringkat yang sangat lemah (mild), sederhana atau teruk. Namun, perlu diketahui tiada ubat untuk menyembuhkan disleksia melainkan kesabaran dalam mengajar mereka, memberi mereka sokongan dan bantuan sedaya upaya.
Ciri-ciri kanak-kanak disleksia:
Kanak-kanak pra sekolah
- Lambat bercakap
- Sukar membunyikan perkataan atau rima
- Bermasalah dalam menulis nama sendiri
- Sukar mempelajari perbezaan bentuk atau warna
- Kurang upaya bercerita semula mengenai sesuatu kejadian
Kanak-kanak yang bersekolah
- Gagal membuat kerja sekolah, membaca, menulis dan mengira
- Tidak suka membaca buku atau mengelak untuk membaca dengan kuat dalam kelas
- Cenderung menulis terbalik, misalnya 15 menjadi 51, perkataan tiap-tiap menjadi tipa-tipa
- Kurang koordinasi misalnya sukar memakai tali kasut
- Keliru dengan konsep masa, semalam, hari ini, esok
- Sukar memahami, mengingati atau mematuhi arahan
- Cenderung hilang peralatan sekolah.
Jenis disleksia:
- Disleksia trauma - jarang ditemui dan selalunya terjadi kerana trauma pada bahagian otak yang mengawal keupayaan membaca dan menulis.
- Disleksia permulaan - pesakit disleksia jenis ini sukar membaca, mengeja atau menulis. Diwarisi secara genetik dan lebih kerap ditemui pada kanak-kanak lelaki.
- Disleksia sekunder - dipercayai berpunca pembentukan hormon ketika dalam kandungan.
PENGURUSAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
Pengajaran ialah cara-cara yang digunakan untuk menyampaikan bahan yang hendak diajar. Hasil daripada pengajaran berlakulah peubahan yang relatif kekal dalam tingkah laku atau pengetahuan hasil daripada pengalaman. Perubahan merupakan suatu penambahan yang baru, pengukuhan dan pengubahansuaian yang berlaku terhadap anak dididik.
Keperluan perancangan pengajaran dan pembelajaran
Perancangan perlu dilakukan untuk:
1.memenuhi masa yang diperuntukan
2.menepati kehendak objektif/matlamat
3.berkesan sepanjang waktu pengajaran
4.menarik perhatian dan tidak membosankan
Objektif pengajaran
Objektif boleh dalam bentuk:
Objektif implisit
melibatkan perubahan tingkah laku yang ketara seperti
1. memahami
2. mengetahui
3. menghargai sesuatu yang telah diajar
Objektif eksplisit
melibatkan perubahan tingkah laku yang boleh dilihat seperti :
1. menyenaraikan
2. menjelaskan
3. memberikan contoh
4. menunjukkan cara yang betul tentang apa yang diajar.
Buku rekod mengajar
Buku himpunan pelan tindakan guru sebelum mengajar.( Berdasarkan SPI Bil 3/1999.)
Buku rekod mengajar wajib mengandungi dua perkara penting :
1.Rancangan Pelajaran Tahunan
Rancangan berdasarkan takwim minggu persekolahan.
Mengandungi isi ringkas rancangan pengajaran berdasarkan sukatan pelajaran kebangsaan.
Butiran yang perlu ada ialah :
-Mata pelajaran
-Tahun
-Minggu
-Tajuk/isi
-Objektif
-Kemahiran
-Nilai dan
-bahan bantuan mengajar
2.Rancangan Pelajaran Harian
Rancangan berdasarkan Rancangan Tahunan
Butiran yang perlu ada ialah :
-Hari dan tarikh
-Mata pelajaran dan tahun
-Masa
-Tajuk
-Objektif/kemahiran yang ingin dicapai
-Aktiviti yang dijalankan
-Refleksi
-Buku rekod pengajaran menjadi rujukan dan dokumen penting bagi sekolah ,PPD ,JPN ,dan
jemaah nazir sekolah
-Ia adalah milik sekolah dan mesti dikembalikan dan disimpan oleh pihak sekolah sebelum cuti
sekolah akhir tahun bermula. Ia juga digunakan sebagai sasaran kerja tahunan untuk menilai
prestasi kerja tahunan guru.
-Rekod P&P boleh juga disediakan dalam apa jua bentuk yang munasabah dan sesuai
dengan teknologi semasa. Rekod P&P dan bahan-bahan lain berkaitan dengan
penyediaan rancangan pelajaran tahunan perlu dikemukakan dengan serta merta apabila
dikehendaki oleh pihak yang diberi kuasa.
-Rekod P&P boleh disimpan dalam bentuk data komputer
-Kegagalan menyediakan BRP merupakan satu kesalahan dan jika disabitkan kesalahan,
sesorang itu boleh didenda tidak kurang daripada RM500 - berdasarkan Peraturan 11(b), -
Peraturan-peraturan Pendidikan (Kurikulum kebangsaan)1997 (P.U.A.531)
Jadual Waktu
Berdasarkan Akta Pendidikan 1996, Jadual waktu mestilah ada:
-Senarai mata pelajaran yang diajar kepada murid
-Setiap hari persekolahan
-Nama guru yang mengajar mata pelajaran dan bilangan waktu mengajar
-Diluluskan oleh Menteri Pelajaran dan Ketua Jabatan
Sukatan Pelajaran
-Dokumen yang mengandungi perkara-perkara yang wajib diajar kepada pelajar sepanjang
tahun persekolahan.
-Sukatan pelajaran disediakan oleh bahagian PPK , Kementerian Pelajaran Malaysia.
-Ia perlu dikemukakan serta merta apabila diminta oleh orang-orang yang diberi kuasa seperti
Ketua Pendaftar, Jemaah Nazir dan Pengetua. Jika gagal dan disabit kesalahan boleh didenda.
Aspek-aspek penting dalam perancangan P&P
Sebelum merancang dan melaksanakan P&P seseorang guru perlulah
-Mengkaji dan mentafsir sukatan pelajaran secara mendalam
-Memilih kemahiran-kemahiran dan dan isi pelajaran yang sesuai
Merancang pengajaran
-Set iduksi
-Perkembangan P&P
-Penutup
-Menentukan strategi P&P
-Menyediakan bahan bantu pengajaran
-Menyediakan penilaian
Komponen P&P
Elemen-elemen yang perlu diambil kira dalam merekabentuk pengajaran ialah
-Objektif pengajaran
-Strategi pengajaran yang sesuai
-Bahan bantu pengajaran
-Maklum balas pelajar
-Penilaian
Fasa P&P
Fasa P&P terbahagi kepada empat peringkat
1.Pra perancangan
Guru mempunyai gambaran mental mengenai
-keseluruhan pengajaran
-pelajar - potensi, pengetahuan sedia ada dan lain-lain
-isi kandungan pelajaran
-strategi
-bahan yang diperlukan dan boleh digunakan
2.Perancangan aktif
Guru perlulah
-menulis rancangan mengajar
-menyediakan nota,
-membina transperansi/power point/model
-memastikan peralatannya masih berfungsi baik dan sesuai digunakan
-menyediakan senarai semak
3.Perancangan semasa
Guru perlu
-mendapat maklum balas tentang kefahaman pelajar
-mengubahsuai mengikut keperluan dan keadaan semasa
-mengaitkan dan mengulangi pelajaran yang lepas
4.Pasca perancangan
Guru perlu
-menyedari kelemahan pengajaran
-mengesan kekuatan pengajarannya
-membuat catatan tentang perubahan yang diperlukan
Sumber-sumber pengajaran dan pembelajaran
Sumber ialah bahan yang digunakan semasa proses P&P seperti
-buku teks
-buku rujukan
-buku latihan
-lampiran nota
-Alat audio visual
-LCD
-komputer
-peta
-gambarajah dan
-TV
Perlaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran
1.Set Induksi
-Langkah permulaan dalam proses P&P
-Tujuan - untuk menghasilkan aliran pemikiran dan meransang minat pelajar agar dapat
memberi perhatian kepada pengajaran yang akan berlaku
-Masa - 5 minit / 10% daripada masa pengajaran
-Teknik - soalan, kejutan, kaitan dengan pelajaran lalu, isu semasa yang berkaitan,
gambar atau bunyi
2.Perkembangan P&P
Bahagian kedua
-Penyampaian isi pelajaran
Teknik penyampaian guru
-disampaikan berperingkat - dari mudah kepada yang sukar, dari yang konkrit kepada
yang abstrak
-suara yang jelas dan terang
-menggunakan pelbagai kaedah dengan mengambil kira pengalaman dan potensi murid
-berfokus kepada apa yang diajar
-mengamalkan penekanan-penekanan dalam konsep KMSM/KBSR
-Membuat penilaian berterusan
-Teknik Menyoal
-Soalan yang dikemukakan
-Penggabungjalinan
-Penyerapan
-Pengukuhan
-memberikan latih tubi
-memberikan tugasan / kerja rumah
-mengaplikasikan ilmu, nilai dan kemahiran dalam aktiviti pembelajaran
-Pengayaan
-membimbing murid mencari maklumat tambahan
-menyediakan bahan maklumat tambahan
-menggalakkan murid belajar daripada maklum balas
-membimbing murid membuat jangkaan masa depan
Pemulihan
-membimbing murid secara individu
-menggunakan pelbagai bahan
-memberi latihan ulangan
-menggunakan pelbagai teknik pengajaran
Penilaian
-pemerhatian
-soal jawab
-perbincangan
-kerja bertulis
-kerja rumah
3.Hasil pembelajaran murid
-memastikan murid dalam keadaan bersedia mengikuti pelajaran
-melaksanakan pembelajaran arah kendiri (self-directed)
-mengaplikasikan kemahiran mengambil nota
-mempersembahkan hasil aktiviti pembelajaran
-mendapatkan maklumat daripada pelbagai sumber
-mengemukakan pendapat semasa perbincangan
-berdisplin
4.Penutup
Bahagian terakhir
Aktiviti yang dijalankan seperti :
-susulan
-folio
-pengayaan
-membuat projek
-penilaian objektif pengajaran
-pemerhatian
-teknik menyoal
-memeriksa kerja pelajar
-membuat kesimpulan
-rumusan
-menegaskan isi-isi penting
-memberi cadangan dan panduan untuk murid meningkatkan kefahaman
-mencadangkan bahan-bahan yang boleh dirujuk untuk meluaskan ilmu
-mengaitkan pelajaran dengan keperluan hidup seharian
-mengaitkan pelajaran dengan keperluan peperiksaan
-pengubahsuaian pelajaran
Program Pemulihan Khas
Dalam proses Pendidikan , Pendidikan Pemulihan Khas ialah :
“ Satu perkhidmatan yang diadakan khusus untuk murid–murid yang menghadapi kesulitan pembelajaran khususnya dalam menguasai satu-satu kemahiran membaca, menulis dan mengira sebagai asas menjadi Fokus Kurikulum Baru Sekolah Rendah” .
MATLAMAT
Program Pemulihan Khas disediakan untuk membantu murid menguasai kemahiran-kemahiran asas 3M yang belum dapat dikuasai dalam tempuh masa yang ditetapkan.
TAKRIFAN
AE Tanseley dan R. Culliford
“ kanak-kanak pemulihan adalah kanak-kanak yang mempunyai intelek dan kecerdasan yang rendah juga kurang berkebolehan menerima pendidikan biasa, ”
M. F . Clough
“ kanak-kanak pemulihan ialah kanak-kanak yang kurang daya taakul, kurang berkemampuan membuat sesuatu keputusan atau kesimpulan dan kurang memahami tentang perkara yang agak abstrak. ”
Sharifah Rahman Ali
“ kanak-kanak yang gagal menerima pelajaran dan mereka ini berkemampuan mempunyai kecerdasan yang tinggi , yang sederhana dan di bawah paras sederhana . Kita tidak masukkan kategori kanak-kanak yang lemah (mentally retarded).”
” Kanak-kanak Pemulihan Khas adalah kanak-kanak yang tidak dapat menguasai kemahiran asas 3M pada masa yang sepatutnya.”
Strategi Pelaksanaan
Pencalonan Murid
i) Murid yang tidak melepasi Ujian Pelepasan KIA2M
ii) Pencalonan murid boleh dibuat oleh:
* guru mata pelajaran / guru kelas
* guru besar
* ibu bapa
iii) Murid KIA2M yang telah berjaya dalam Ujian Pelepasan I atau 2 tidak boleh dicalonkan.
Pengumpulan Maklumat
i) Maklumat peribadi dan prestasi murid dapat menolong guru pemulihan khas memahami murid yang dicalonkan dan membuat keputusan samada murid perlu mengikuti program pemulihan khas atau sebaliknya. Guru pemulihan khas juga dapat mengetahui tentang kesihatan dan taraf sisio-ekonomi murid.
ii) Maklumat tersebut boleh didapati dari:
a) Guru besar – berdasarkan rekod murid, pemerhatian dan perhubungan
b) Guru Kelas – boleh menambah maklumat dengan mengambil tahu kehadiran,
ketepatan masa kesekolah dan perhubungan dengan murid-murid lain.
c) Ibubapa – boleh memberitahu tentang tingkah laku umum, kegemaran dan perkara-
perkara yang tidak digemari serta sikapnya terhadap pelajaran.Perbincangan dengan
ibubapa amat digalakkan bagi membolehkan pelaksanaan program pemulihan khas
berjalan lancar.
Ciri-Ciri Kanak-Kanak Pemulihan
Antara ciri-ciri kanak-kanak pemulihan ialah;
a. Emosi dan Tingkahlaku
i. Perasaan rendah diri.
ii. Perasaan risau.
iii. Perasaan sedih, hiba atau duka.
iv. Perasaan cepat bosan atau jemu terhadap pelajaran.
v. Perasaan takut akan perkara-perkara baru.
vi. Degil, tidak patuh pada peraturan-peraturan dan suka melawan.
vii. Pasif.
viii. Malas
b. Sosial
i. Gelisah dan selalu bergerak di dalam darjah serta mengganggu kawan-kawan.
ii. Lemah / kurang interaksi dengan rakan.
iii. Gemar menghisap atau menggigit jari/kuku.
iv. Selalu tidak hadir ke sekolah dengan berbagai-bagai alasan.
v. Menangis - enggan masuk darjah.
vi. Hyper aktif.
c. Kesihatan
i. Lemah tubuh badan serta kurang zat makanan.
ii. Tumbesaran tubuh badan tidak seimbang (gemuk/kurus).
iii. Tumpuan perhatian terhad (masalah penglihatan).
iv. Lemah gerakkan motor-kasar dan halus.
v. Kesihatan terganggu seperti selalu sakit, sakit terlalu lama dan teruk.
vi. Kurang menjaga kebersihan diri.
d. Kesediaan Belajar
i. Belum bersedia untuk belajar.
ii. Perbendaharaan kata kurang.
iii. Lemah pemahaman.
iv. Kurang keyakinan diri dan rangsangan.
v. Kurang matang – IQ tidak seimbang dengan umur hayat.
e. Pengamatan
i. Tidak kenal perbezaan bentuk, saiz, warna dan turutan.
ii. Lemah pendengaran bunyi dan rentak.
iii. Keliru terhadap konsep ruang dan mencari arah.
iv. Lambat mengkelaskan benda.
v. Kesukaran mengaitkan pelajaran yang lama dengan yang baru.
vi. Tidak dapat menyelesaikan masalah.
vii. Sukar ambil bahagian dalam permainan dan tidak faham undang-undang.
viii. Tidak kreatif.
ix. Lemah pergerakan dan perbuatan.
x. Lemah daya pemikiran/ingatan.
xi. Tidak boleh mengingat kembali.
Mengenal pasti Murid Pemulihan Khas
1. Melalui perbincangan dengan guru kelas atau guru mata pelajaran.
2. Rekod-rekod prestasi
3. Rekod kesihatan
4. Kerja-kerja harian murid
5. Laporan Adab Belajar ( LAB )
6. Melalui pemerhatian
7. Punca-punca lain yang diperolehi
TUGAS, TANGGUNGJAWAB DAN PERANAN GURU PENDIDIKAN PEMULIHAN KHAS
1. PENGENALAN
Pendidikan Pemulihan adalah satu cabang pendidikan khusus bagi mengatasi serba sedikit tentang masalah pendidikan yang timbul pada masa kini, khasnya bagi kanak-kanak yang nyata sekali menghadapi masalah pembelajaran serta tecicir dan ketinggalan dalam alam pendidikan jika dibandingkan dengan tingkat kebolehan lahiriah mereka.
2. PERANAN GURU PENDIDIKAN PEMULIHAN KHAS
Guru Pendidikan Pemulihan Khas memainkan Lima Peranan Penting seperti berikut:
2.1 Peranan Sebagai Penilai ( An Assessment Role )
2.1.1 Menyedia dan menjalankan ujian saringan untuk mengenal pasti murid-murid yang
memerlukan pemulihan khas.
2.1.2 Menjalankan Ujian Diagnostik untuk mengenal pasti masalah pembelajaran yang khusus
yang dihadapi oleh murid-murid.
2.1.3 Menjalankan penilaian berterusan dan merekodkannya dengan rapi dan tersusun.
2.2 Preskriptif ( Presciptive Role )
2.2.1 Merancang dan menyelia serta melaksanakan program individu bagi kanak-kanak yang
mempunyai masalah pembelajaran yang tertentu.
2.2.2 Mengadakan bengkel atau demonstrasi pengajaran pemulihan di mana keadaan
memerlukan..
2.3 Peranan Pengajaran (A Teaching Therapentik)
2.3.1 Mengajar dan membantu murid-murid yang lambat dan menghadapi masalah kemahiran
asas 3M.
2.3.2 Mengajar bersama-sama dengan guru mata pelajaran sebagai “ team teaching ” / “ guru
pendamping ” sekiranya perlu.
2.4 Peranan Khidmat Bantu ( A Supportive Role )
2.4.1 Membantu guru-guru merancang dan penambahbaikkan aktiviti-aktiviti dan bahan-
bahan pengajaran dan pembelajaran.
2.42 Membimbing guru-guru melaksanakan teknik dan kaedah mengajar murid-murid
yang menghadapi masalah 3M.
2.5 Peranan Perhubungan ( A Liaison Role )
2.5.1 Berbincang dengan ibu bapa atau penjaga murid untuk mendapatkan maklumat dan
latar belakang murid.
2.5.2 Mengajukan cadangan-cadangan kepada ibu bapa bagaimana mereka membantu demi
kepentingan pembelajaran anak-anak mereka.
3. TUGAS GURU PENDIDIKAN PEMULIHAN KHAS
3.1 Menjalankan kerja-kerja pemulihan khusus untuk murid-murid lemah yang terpilih dari
Tahun 2 hingga Tahun 6. Keutamaan hendaklah diberi kepada murid-murid Tahun 1
hingga 3.
3.2 Membantu guru-guru asas dalam hal:
3.2.1 Mengenalpasti murid-murid lemah yang memerlukan pengajaran pemulihan sama ada di kelas biasa atau kelas khas.
3.2.2 Merancang dan menyediakan aktiviti-aktiviti serta bahan-bahan pemulihan.
3.2.3 Mengatur jadual waktu untuk pengajaran pemulihan khas.
3.2.4 Mengajar sebagai guru pembimbing untuk membantu guru mata pelajaran asas sekiranya keadaan memerlukan.
3.3 Berjumpa dan berbincang dengan guru , ibubapa, doktor, pegawai
kebajikan dan pihak-pihak lain yang boleh membantu untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang tingkah laku, kesihatan dan keterangan lain mengenai latar belakang murid.
3.4 Melaksanakan penilaian dan merekodkannya secara berterusan untuk mengetahui prestasi murid-murid yang mengikuti kelas pemulihan. Isi-isi rekod hendaklah mengandungi:
3.4.1 Laporan prestasi murid.
3.4.2 Latar belakang murid.
3.4.3 Laporan kesihatan murid.
3.4.4 Hasil-hasil temubual dan rujukan
3.5 Menyediakan fail diri bagi setiap murid pemulihan. Fail diri murid
mengandungi:
3.5.1 Borang Pencalonan.
3.5.2 Borang Latar belakang Murid Pemulihan.
3.5.3 Borang Pengumpulan Maklumat.
3.5.4 Ujian Saringan dan Diagnostik
3.5.5 Lembaran Kerja
3.5.6 Hasil Penilaian yang telah dijalankan.
3.5.7 Catatan-catatan lain yang berkaitan dengan murid.
3.6 Membentuk jawatankuasa Program Pemulihan Khas serta
menjadi ahli Jawatankuasa Kurikulum Sekolah.
3.7 Mengadakan bengkel di peringkat sekolah atau daerah di mana
keadaan memerlukan.
3.8 Tugas-tugas yang berkaitan dengan kebajkan murid-murid
pemulihan di sekolah.
PENGURUSAN BILIK / KELAS PENDIDIKAN PEMULIHAN KHAS
Dalam pendidikan pemulihan khas, bilik / kelas merupakan satu daripada keperluan asas yang utama yang perlu disediakan kerana mengikut konsep pemulihan khas.
Murid-murid yang ketinggalan / lemah dalam pelajaran di kelas biasanya akan dibawa keluar dari kelas dan dimasukkan ke bilik yang disediakan khas untuk pengajaran dan pembelajaran pendidikan pemulihan. Dengan yang demikian dalam menentukan bilik / kelas yang sesuai dan paling ideal, beberapa ciri / keperluan berikut perlu diambil kira.
TUJUAN
1. Masa, tenaga dan alat-alat pengajaran dapat digunakan dengan sebaik-baiknya
untuk mencapai objektif pengajaran.
2. Dapat menggunakan kemudahan yang terdapat dalam kelas dengan berkesan.
3. Dapat mengadakan suasana pembelajaran yang menggalakkan.
CARA UNTUK MENGADAKAN KELAS PEMULIHAN
Disyorkan 3 alternatif seperti berikut :
1. Sekolah-sekolah yang mempunyai 2 kelas atau lebih bagi sesuatu darjah , murid-murid untuk kelas pemulihan bolehlah diambil dari kelas-kelas tersebut sekiranya bilangan murid pemulihan dalam sesuatu kelas itu hanya 3 atau 4 orang sahaja.
Walau bagaimanapun jumlah murid dalam satu sesi pemulihan hendaklah tidak melebihi 15 orang.
2. Sekolah-sekolah yang mempunyai satu kelas bagi satu darjah, murid-murid untuk kelas pemulihan bolehlah diambil dari darjah-darjah lain tetapi jumlahnya hendaklah tidak melebihi 15 orang.
3. Sekiranya murid-murid yang diambil untuk mengikuti kelas pemulihan datangnya dari satu kelas sahaja, maka bilangannya hendaklah tidak melebihi 6 orang. Pemilihan mana-mana satu alternatif hendaklah tertakluk kepada perundingan di antara Guru Kelas Khas Pemulihan dengan guru besar dan guru-guru asas.
BILIK / KELAS
a ) Lokasi bilik / kelas untuk dijadikan Kelas Khas Pemulihan adalah sangat bergantung
kepada keadaan kemudahan yang sedia ada serta kemampuan di sesebuah
sekolah. Tetapi dengan menyedari ciri-ciri kanak-kanak pemulihan, kelas-kelas lain seperti kantin, atau padang-padang permainan boleh digunakan supaya aktiviti yang
berlaku di tempat – tempat tersebut tidak akan mengganggu sesi pengajaran
pemulihan.
b) Kesesuaian seperti juga kelas-kelas biasa yang lain perlu diambil kira dari segi
keselesaan ruang dengan bilangan murid, cahaya serta edaran udara yang
mencukupi, kerusi dan meja serta saiz dan susunan fizikalnya yang selaras dengan
ukuran dan bilangan murid-murid yang terlibat.
c) Penyusunan perabot, papan tulis, papan pameran dan tempat – tempat
penyimpanan perlu diubah suai sebagai dorongan kearah pengajaran yang
menyeronokkan dan yang berkesan, sesuai dengan matlamat menuju ke
pengkhususan 2M di sekolah rendah ( rujuk lampiran A ) Prinsip – prinsip yang terjalin
dan dipraktikkan dalam penyusunan kelas seperti ini ialah suasana fizikalnya, sosial,
emosi dan rasa hati yang selesa dan gembira untuk murid-murid : bidang dinamik
kumpulan yang menyokong pembelajaran atau tugasan yang diberikan : dan
penyusunan perabot yang membantu rutin pengurusan.
PENTADBIRAN KELAS
Bagi mentadbirkan sesebuah kelas Pendidikan Pemulihan Khas, Guru Pemulihan Khas hendaklah menyediakan beberapa keperluan lain yang semestinya ada dalam kelas pemulihan.
Di antaranya ialah :
Jadual waktu kelas / persendirian
Carta alir Program Pendidikan Pemulihan Khas.
Selain daripada itu di dalam kelas pemulihan ini juga perlu disediakan ruang –
ruang pembelajaran mengikut kesesuaian dan keluasan bilik . Di antara ruang
pembelajaran yang dicadangkan ialah ruang disiplin.
4.1 Membuat runding cara dengan ibu bapa / penjaga murid.
4.2 Membuat penyediaan bahan - bahan pengajaran.
4.3 Mengemaskinikan rekod – rekod.
4.4 Bimbingan dan Kaunseling kepada murid.
4.5 Runding cara dengan guru kelas / mata pelajaran tentang perkembangan murid kelas biasa.
4.6 Runding cara dengan Guru Besar untuk meningkatkan mutu pencapaian murid.
4.7 Mengemaskinikan sudut – sudut pameran pembelajaran.
4.8 Sentiasa memikirkan bagaimana untuk mempertingkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran di kelas pemulihan.
PENGELOLAAN SISTEM FAIL
KELAS PEMULIHAN KHAS
01 . FAIL INDUK
Kandungan
a. Surat – surat Perhubungan Luar / Dalaman
b. Carta Organisasi Kurikulum & Panitia
c. Jawatankuasa Panitia
d. Pekeliling – pekeliling Ikhtisas
( contoh : PP Ikh . Bil 4 /96 )
02 . FAIL SUKATAN PELAJARAN
Kandungan
a. Sukatan Pelajaran Kelas Pemulihan Khas
b. Huraian Sukatan Pelajaran Pemulihan Khas
c. Rancangan Pelajaran Tahunan
d. Senarai Bahan Bantu Mengajar & Kedudukannya
03 . FAIL MESYUARAT
Kandungan
a. Surat – surat panggilan mesyuarat peringkat sekolah
b. Buku Minit mesyuarat panitia
( sekurang – kurangnya 3 X setahun )
04. FAIL PROGRAM KECEMERLANGAN
Kandungan
a. Program Developmental dan Rutin
b. Laporan - laporan program
05 . FAIL ANALISIS IPP2M
Kandungan
a. Analisis IPP2M
06 . FAIL PENYELIAAN / PENCERAPAN
Kandungan
a. Guru Besar
b. Guru Penolong kanan
07 . FAIL PEMERIKSAAN HASIL KERJA MURID
Kandungan
a. Jadual Pemeriksaan
b. Instrumen Pemeriksaan
08. FAIL AKTIVITI KOKURIKULUM AKADEMIK
Kandungan
a. Surat Mesyuarat
b. Senarai Aktiviti Tahunan yang dirancang
c. Laporan Aktiviti yang telah dijalankan
09 . FAIL BANK SOALAN
Kandungan
a. Semua set ujian yang digunakan.
10 . FAIL MAKLUMAT GURU PEMULIHAN
Kandungan
a. Jadual guru Pemulihan
b. Maklumat guru Pemulihan
PANDUAN MENULIS NOMBOR RUJUKAN FAIL
TBA6117 / 06 / 06 / 011 / 01 / ( 01 )
FAIL – FAIL LAIN
( Fail peribadi murid )
- Borang Pencalonan murid
- Borang pengumpulan maklumat
- Kaji selidik / borang latar belakang
- Rekod kesihatan
( Fail Bahasa Melayu – Individu )
- IIP2M / Saringan
- Ujian Diognastik
- Rekod Pengamatan
- Rekod Pencapaian murid
- Borang skor individu
( Fail kerja susulan – individu )
- direkodkan bagi murid-murid yang telah menguasai
( sudah mengikuti P&P dalam kelas normal )
- Lawatan
- Inventori
- BBM / ABM
Contoh :Buku – buku , carta , kad – kad dan lain – lain.
Walau pun takdir Tuhan.....namun berhati-hatilah wahai guru...
Koma 15 jam sebelum meninggal
MAYAT Chan Chee Kean dihantar ke HTJS untuk dibedah siasat, semalam. |
Pelajar lelaki Tahun Tiga mengadu pening selepas tapak tangan dirotan guru
SEREMBAN: Seorang murid lelaki Tahun Tiga Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Kampung Tiong, Gemas, dekat sini, meninggal dunia kira-kira 15 jam selepas tidak sedarkan diri akibat dirotan di tapak tangan oleh seorang guru, tengah hari kelmarin.
Chan Chee Kean meninggal dunia kira-kira jam 3.30 pagi semalam di rumahnya selepas doktor di Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru yang merawatnya menyifatkan peluangnya untuk hidup tipis.
Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Osman Salleh, berkata Chan dikatakan dirotan seorang guru perempuan pada jam 12.30 tengah hari kelmarin kerana tidak membuat kerja sekolah.
"Dia dikatakan mengadu pening dan pengsan selepas dirotan sebelum keluarga dan pihak sekolah menghantarnya ke Hospital Segamat, Johor, untuk rawatan dan kemudian dirujuk ke Hospital Sultanah Aminah untuk rawatan lanjut.
"Bagaimanapun, doktor merawatnya dikatakan memberitahu peluangnya untuk hidup tipis dan membenarkan keluarga membawanya pulang sebelum meninggal dunia pada jam 3.30 pagi tadi (semalam)," katanya.
Beliau berkata demikian pada majlis kempen derma darah Sempena Hari Polis Ke-202 di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) negeri di sini, semalam.
Osman berkata, pihaknya belum membuka kertas siasatan berhubung kejadian itu kerana ibu bapa Chan belum membuat laporan polis, selain perlu menunggu laporan bedah siasat bagi mengenal pasti punca sebenar kematian.
Bagaimanapun, katanya polis difahamkan murid itu mempunyai rekod kesihatan sakit urat saraf.
"Mayatnya dihantar ke Hospital Tuanku Ja'afar Seremban (HTJS) tengah hari ini (semalam) untuk dibedah siasat," katanya.
Sementara itu, Pengarah Pelajaran Negeri Sembilan, Datuk Abdullah Mohamad, berkata pihaknya dimaklumkan kejadian itu dan mengarahkan guru besar sekolah mengemukakan laporan lengkap mengenainya.
"Saya dimaklumkan murid berkenaan dirotan kerana tidak membuat kerja sekolah dan selepas itu mengadu pening kepala. Dia kemudian tidak sedarkan diri sebelum dikejarkan ke hospital untuk rawatan.
"Guru Besar dikatakan maklum mengenai hukuman yang dijalankan, tetapi pada masa sama kita mahu laporan lengkap, sama ada hukuman itu mengikut prosedur seperti ukuran saiz rotan, mempunyai saksi atau tidak serta sama ada hayunan rotan itu memenuhi ketinggian ditetapkan atau tidak," katanya.
"Mengikut peraturan, hukuman rotan hanya boleh dijalankan di dua tempat, iaitu tapak tangan dan punggung dengan syarat berlapik," katanya.
Beliau berkata, pihaknya menyerahkan kepada hospital dan polis untuk mengenal pasti punca sebenar kematian murid itu kerana berpendapat mengikut logik akal, mustahil seseorang meninggal dunia akibat dirotan.
"Saya juga menasihatkan guru supaya berhemah ketika menjalankan tugas dan jangan mendenda atau merotan murid ketika dalam keadaan marah. Saya mahu mereka menggunakan pendekatan psikologi dalam menangani masalah murid nakal," katanya.