Lawatan Sosial dari Bekas Guru Pemulihan Khas SK Jelapang Sebelum 2005

| Saturday, July 4, 2009
Jam 10.00 pagi saya telah menerima pangilan telefon dari suara yang sememangnya sudah lama saya kenali sebelumnya tetapi saya tidak perasan. Setelah temujanji ditetapkan kira-kira setengah jam kemudian muncullah seorang kawan dan bekas cikgu pemulihan sk Jelapang sebelum saya menggantikan tempat beliau dulu...

" Wah, dah banyak berubah..." katanya. " Kalau zaman saya dulu, kelas saya berhampiran tandas murid dan di bawah tangga menaiki kelas atas.Alatan mengajar pun terpaksa kerap dibina kerana sering lusuh dan dibawa angin. " tambahnya lagi yang mesra dipanggil Cikgu Din.

Beliau bersyukur kerana hampir semua kelas pemulihan khas di negeri Terengganu sekarang sudah dibekalkan dengan banyak kemudahan terutamanya alat bantuan mengajar.Tinggal lagi nilai tambahnya adalah bergantung kepada inovasi dan kreativiti guru sahaja bagi memastikan murid lebih berminat mengikuti kelas pemulihan.

" Jika kita sebagai guru bersikap rajin dan istiqomah mengajar sementara murid pula berminat semasa mengikuti sesi pemulihan mereka, sudah tentu bilangan murid pemulihan akan menjadi sifar seperti mana dikehendaki semua sekolah." tambahnya lagi yang kini telah selesai melanjutkan pelajaran ke salah sebuah universiti dan mengajar kelas PKBP SM Anak Ikan, Tok Dor.

Terima kasih cikgu Din yang singgah mengunjungi saya semasa beliau dalam perjalanan melawat jenazah adik bekas muridnya yang meninggal dunia pagi semalam.Wajahnya yang ceria seakan-akan "Kaka" banyak memberi semangat kepada saya menggantikan tugasnya sebagai guru pemulihan khas SK Jelapang..

0 comments:

Post a Comment